Tutup Pintu Dan Tingkap Sahaja Tidak Cukup, Jerebu Tetap Masuk Dalam Rumah

Pengudaraan yang baik dalam rumah sangat penting.

Cover ImageCover image via So Cool & Malay Mail

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menutup pintu dan tingkap sahaja tidak mencukupi apabila ada jerebu yang teruk di luar

Dilaporkan oleh Malay Mail, menurut pakar, walaupun ia boleh mengurangkan udara tercemar masuk, tetapi ia sebenarnya tidak cukup kerana jerebu masih akan masuk.

Syida Nasri, Ketua Kualiti Udara Dalaman Airscan merangkap penilai kualiti udara dalaman yang diiktiraf oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengatakan terdapat bahan halus berukuran 2.5 mikrometer atau kurang (PM2.5) boleh masuk ke dalam rumah melalui ruangan tingkap, pintu dan bukaan yang lain walaupun ditutup.

"Hanya duduk di dalam rumah sahaja tidak cukup untuk melindungi diri daripada jerebu," katanya.

Partikel ini cukup kecil untuk masuk ke dalam paru-paru lain daripada partikel besar yang hanya akan berada di ruang udara untuk jangka masa lama.

SAYS.com

IPU di Serian, Sarawak, lepasi paras berbahaya hari ini berikutan jerebu rentas sempadan akibat kebakaran hutan di Indonesia.

Image via Bernama

Menurut Syida, tahap PM2.5 di dalam rumah biasanya separuh daripada luar rumah tetapi partikel halus ini masih boleh menyebabkan keradangan dan partikel yang lebih halus boleh masuk ke dalam aliran darah dan memberi risiko kepada kesihatan.

"Anda tidak akan rasa, dan anda tidak akan tahu pun anda terdedah tanpa menggunakan pengesan kualiti udara dalaman," katanya lagi.

Rumah yang tidak mempunyai orang dengan masalah pernafasan tidak memerlukan mesin penapis udara tetapi partikel besar boleh menyebabkan batuk. Oleh sebab itu, banyak rumah sebenarnya memerlukan penapis udara.

Halang jerebu ada dalam rumah, tetapi anda perlu tahu cara pengudaraan yang baik

Pengudaraan yang baik adalah penting kerana memasak, mengemas dan mandi mengeluarkan banyak bahan pencemar dan kelembapan ke dalam rumah. Ketika jerebu teruk, anda perlu memastikan udara tercemar di dalam rumah keluar daripada rumah.

Syida menambah, menutup pintu dan tingkap mengurangkan pendedahan, tetapi ia bukannya lapisan kedap udara. Tinggal di dalam tidak semestinya anda membuang risiko terdedah itu.

SAYS.com
Image via Malay Mail

Penghawa dingin juga tidak bermakna udara di dalam rumah menjadi lebih bersih.

Menutup pintu dan tingkap di dalam rumah untuk jangka masa panjang menyebabkan pencemaran udara dalaman meningkat.

"Rumah sentiasa mengeluarkan sesuatu, bahan kimia dari produk pencuci, asap dan minyak dari memasak, dan kelembapan kehidupan seharian," katanya lagi.

Cuaca panas dan lembap malaysia boleh memerangkap kelembapan dan menyebabkan kulat bertumbuh.

SAYS.com
Image via KeluargaImage via

Syida berpesan supaya membuka tingkap apabila udara di luar lebih baik seperti selepas hujan atau apabila angin mengolak jerebu ke tempat lain. Anda juga boleh mengurangkan menggoreng makanan, masakan yang banyak asap atau menggunakan pencuci dengan bau yang kuat ketika menutup tingkap.

Membakar colok, lilin dan merokok boleh memburukkan lagi keadaan.

Membuka kipas penyedut juga perlu dibuka dengan berhati-hati kerana udara yang keluar akan diganti oleh udara yang masuk.

Adakah penghawa dingin membantu atau ada memerlukan penapis udara?

Membuka penghawa dingin dan menutup pintu adalah salah satu cara mudah untuk duduk di dalam ketika jerebu. Tetapi menyejukkan bilik tidak sama seperti menapis udara.

Penghawa dingin biasanya menapis partikel besar dengan baik tetapi jika anda mahu penapis PM2.5, anda memerlukan penapis udara.

Kebanyakan penghawa dingin hanya menapis debu atau rambut dan ia tidak akan menapis PM2.5 yang lebih kecil.

Untuk penapis udara beli yang mempunyai penapis high-efficiency particulate air (HEPA) dan elakkan penapis yang mengatakan ia sama seperti HEPA kerana tidak mengikut piawai.

Penapis udara harga sederhana lingkungan RM400 sudah mencukupi untuk ruang tamu 800 kaki persegi.

SAYS.com
Image via Malay Mail

Jika anda tidak mampu untuk membeli penapis udara, mengemop lantai dapat mengurangkan debu di lantai, tetapi tidak untuk yang terbang. Apa yang anda boleh buat ialah memastikan pengudaraan yang baik untuk sementara waktu sebelum menutup pintu dan tingkap semula jika jerebu teruk.

Setiap perkara ini adalah mengikut keperluan kesihatan pengguna, saiz rumah dan tahap pencemaran udara di luar.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik