Menara KL Tawar 31% Diskaun Tiket Sempena Bulan Kemerdekaan Buat Warganegara Malaysia
Tempoh promosi sah dari 1 Ogos hingga 16 September 2026.
Cover image via @kltowermalaysia (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan 2026 serta ulang tahun ke-30 penubuhannya (1996–2026), Menara Kuala Lumpur (KL Tower) menawarkan promosi istimewa berupa diskaun 31 peratus bagi tiket individu bermula 1 Ogos hingga 16 September 2026
Promosi ini memberi peluang khas kepada warganegara Malaysia untuk menikmati pemandangan indah panorama ibu negara dari perspektif ketinggian luar biasa pada harga yang lebih berpatutan.
Potongan harga 31% ini sah bagi pembelian tiket individu ke dua tarikan utama ikonik di Menara KL, iaitu Observation Deck dan Sky Terrace:
- Observation Deck:
- MyKad (Dewasa): RM 21.00 (Harga asal: RM 30.00)
- MyKid (Kanak-kanak): RM 14.00 (Harga asal: RM 20.00)
- Sky Terrace:
- MyKad (Dewasa): RM 35.00 (Harga asal: RM 50.00)
- MyKid (Kanak-kanak): RM 19.00 (Harga asal: RM 28.00)
- Glass Box (Tarikan Tambahan):
- RM 10.00 seorang (Sah hanya dengan pembelian tiket Sky Terrace)

Nikmati panorama indah dari Observation Deck & Sky Terrace, promosi sah sehingga 16 September
Bagi memeriahkan lagi semangat patriotik, setiap pembelian tiket promosi ini turut disertakan dengan bendera tangan Malaysia secara percuma (tertakluk kepada ketersediaan stok).
Terma & Syarat Promosi:
- Tempoh Promosi: Sah dari 1 Ogos hingga 16 September 2026.
- Kelayakan: Eksklusif untuk warganegara Malaysia sahaja (perlu mengemukakan MyKad / MyKid).
- Kaedah Pembelian: Sah untuk pembelian secara terus di kaunter (walk-in) sahaja.
- Pengecualian: Promosi tidak terpakai bagi tiket jenis 'KOMBO'.
- Syarat-syarat Lain: Tidak boleh digabungkan dengan sebarang promosi lain, baucar, kadar korporat, atau pakej sedia ada.

Pengurusan Menara KL mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk membawa keluarga dan rakan-rakan bagi meluangkan masa dan menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan serta Hari Malaysia pada tahun ini di puncak ibu kota.
Dalam pada itu, bagi memeriahkan lagi sambutan Malam Ambang Kemerdekaan, Menara KL akan melanjutkan waktu operasinya sehingga lewat malam pada 30 Ogos 2026.
- Tarikh: 30 Ogos 2026
- Waktu Operasi Khas: 9:00 pagi hingga 1:00 pagi (hari berikutnya)
- Kemasukan Terakhir (Last Entrance): 11:30 malam
Lanjutan waktu operasi ini memberi lebih masa kepada pengunjung untuk merasai suasana meriah malam ambang Merdeka dan menyaksikan keindahan panorama Kuala Lumpur yang bergemerlapan dari puncak ikon negara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


