imho

11 Stereotaip Paling 'Typical' Tentang Orang Cina Yang Sebenarnya Salah & Perlu Dihentikan

Kita kan satu Malaysia! #KitaBoleh #Malaysianlah

Cover image via SAYS

Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan pihak SAYS.

Setelah 2 tahun bekerja dengan orang Cina, ada beberapa tanggapan SALAH yang saya rasa harus diperjelas kepada orang ramai. Dan salah faham ini juga harus dihentikan.

Sejak kecil lagi, saya yang membesar dalam environment Melayu telah diberitahu tentang beberapa perkara mengenai orang Cina. Biasalah tu kan.

Saya memang tak ramai kawan Cina dari sekolah rendah. Tapi bila dah bekerja, komuniti di pejabat majoritinya terdiri daripada orang Cina. Jadi saya pun mulalah berkawan dengan mereka.

Selepas 2 tahun, saya berani katakan yang ada banyak salah faham yang selama ini saya (dan ramai lagi) sangkakan betul, tapi rupa-rupanya salah.

Di sini saya senaraikan 11 salah faham. Lihat kesemuanya di bawah:

1. Kita selalu anggap orang Cina mesti pandai cakap bahasa Cina

Separuh daripada mereka tak tahu bertutur dalam bahasa Cina.

Image via Farouq Johari/SAYS

Tak betul.

Pernah dengar 'Banana Chinese'? Inilah gelaran yang diberikan kepada orang Cina yang tak reti cakap bahasa Cina. Kenapa banana atau pisang? Sebab buah pisang kan sifatnya "kuning di luar, putih di dalam".

Begitu juga dengan mereka ini. Kulit di luar tetap Cina (atau orang barat selalu gelar "yellow skin") tetapi di dalamnya langsung tak Cina. Bahasa ibunda mereka kebanyakannya adalah bahasa Inggeris.

Walaupun bahasa Cina juga ada banyak dialek seperti Mandarin, Cantonese, Hokkien, Haka, Teochew, dan macam-macam lagi, mereka memang sejak kecil bertutur dalam English dengan keluarga dan tak pergi sekolah Cina.

Tak percaya? Tengok video kat bawah ni:

2. Kita selalu anggap orang Cina mesti pandai Matematik

Macam betul tapi sebenarnya tak.

Bukan semua orang Cina pandai Matematik. Bukan setakat tak pandai, yang benci Matematik pun ada. Bila sampai bab mengira je, terus mengeluh. Cina atau tak Cina, semua sama je.

3. Kita selalu anggap orang Cina suka minum beer, kaki botol, dan kaki judi

Image via SAYS

Tak betul jugak.

Tak dinafikan, minuman utama yang akan dihidang dalam apa-apa majlis mereka semestinya beer. Selain beer, minuman keras yang lain seperti whiskey, cyder, dan lain-lain turut sama dihidang. Tapi itu tak bermaksud semua orang Cina suka minum. Ada yang lebih prefer minum air suam je, atau teh tarik, sebab mereka rasa beer ni tak sedap.

Kalau bab berjudi pula, ada juga yang merasakan judi tidak membawa apa-apa faedah langsung. Daripada menghabiskan duit, lebih baik spend untuk benda lain.

4. Kita selalu anggap orang Cina rajin bekerja dan bijak berniaga

Hehe tak juga sebenarnya.

Mana-mana individu bekerja sekalipun, bila dah sampai waktu malas tu tetap akan rasa malas, termasuklah orang Cina. Mana ada orang yang sentiasa rajin 24 jam 7 hari 7 malam. Betul tak?

Soal meniaga pulak, orang Cina ada juga yang tak pandai. Tak semestinya bisnes orang Cina semua berjaya dan meletup. Ramai sebenarnya yang dah lingkup dan ramai juga yang memilih untuk bekerja makan gaji sahaja. Lebih safe and secure katanya.

5. Kita selalu panggil gadis Cina 'Amoi' dan anggap mereka tak kisah. Tapi...

Bersama amoi-amoi. Lol.

Image via Farouq Johari/SAYS

Mereka kisah sebenarnya, tapi ramai tak tahu.

Di Malaysia, perkataan 'Amoi' tu memang dah sinonim dengan gadis Cina. Kalau kita nak panggil mereka, mesti kita akan bahasakan mereka sebagai 'Amoi'.

Tapi kalau diikutkan, panggilan 'Amoi' ini sebenarnya agak offensive. YES! Sama jugak macam perkataan 'Awek'. Cuba kalau kita tegur gadis Melayu yang kita tak kenal dengan panggilan 'Awek'. Kan macam kasar bunyinya di situ.

Ya, itulah contoh yang paling senang untuk kita bandingkan. Jadi kalau boleh, tukarlah perkataan 'Amoi' tu kepada 'miss'. Lebih manis dan sopan bunyinya. Take note people!

6. Kita selalu anggap orang Cina pandai buat duit

Image via giphy.com

Tak semestinya.

Financial education memang tak diajar di sekolah. Untuk betul-betul mahir dalam bidang ini, kenalah pergi seminar atau kursus berkenaan pengurusan wang, atau belajar dengan orang pakar. 

Kalau tak ada ilmu, nak buat duit pun susah kan? Sama jugak macam orang Cina, bukannya semua minat atau rajin belajar bab kewangan. Siapa yang belajar, dialah yang akan mahir. Kebijaksanaan dalam perihal kewangan tak akan datang secara semula jadi.

7. Kita selalu anggap orang Cina hanya pakai tisu sahaja untuk basuh sisa najis selepas membuang

Gambar sekadar hiasan.

Image via www.dailymail.co.uk

Nope, nope, nope, and BIG NOPE!

Pelik. Entah dari manalah datangnya asal-usul tanggapan macam ni. Kita suka sangat label orang Cina sebagai pengotor, terutamanya bila bab kebersihan diri. Sejak dari dulu lagi.

Tak betul lah. Orang Cina pun pakai air jugak, bukan pakai tisu je. Sama jugak macam orang lain. Adakah mungkin disebabkan frekuensi orang Cina pakai tisu adalah lebih tinggi berbanding orang lain? Jadi tak semena-mena orang anggap mereka tak suka pakai air.

Tetttt... Salah!

Cina yang pengotor tu kat mainland China, sebab kat sana tandas diorang memang tak ada air, ada tisu je. Orang Cina Malaysia tak sama okay!

8. Kita selalu anggap orang Cina mesti beragama Buddha

Gambar sekadar hiasan.

Image via blogs.sacbee.com

Mestilah tak.

Agama Buddha sememangnya telah sangat sebati dengan masyarakat Cina. Mungkin sebab kita selalu nampak Sami Buddha yang berkepala botak dan mengenakan jubah oren tu orang Cina.

Tapi itu bukan bermakna mereka semua menganut satu agama sahaja. Ramai juga di antara mereka yang beragama Kristian dan Katolik. Malah, ada juga yang mengamalkan kepercayaan Taoisme, dan lain-lain.

9. Kita selalu anggap orang Cina ni 'kiasu'

Salah!

Direct translation bagi perkataan 'kiasu' ialah 'takut kalah'.

Kia = takut
Su = kalah

Contohnya, lecturer bagi assignment untuk dihantar dua bulan lagi, tapi ada sorang ni siapkan cepat-cepat dalam masa seminggu dan terus hantar tanpa tunggu deadline. Inilah yang dipanggil 'kiasu'. Semua benda nak cepat, semua benda nak menang. Lol :D

Tapi dalam ramai-ramai, mungkin ada seorang je yang macam tu. Yang lain mana ada 'kiasu'. Semua pun sama je.

10. Kita selalu anggap orang Cina ni terer makan pakai chop stick

Image via SAYS

Yang ni pun salah.

Rupa-rupanya, ramai juga orang Cina yang tak reti makan pakai chop stick. Eh, bukan tak reti tapi tak mahir. Makan pakai chop stick juga memerlukan latihan secara konsisten. Kalau hidup dalam environment yang tak selalu makan pakai chop stick sejak kecil, memang susah sikit nak mahir. Jadi itulah hujahnya.

11. Kita selalu anggap orang Cina ni kedekut dan berkira

Tettt!

Benar, orang Cina memang selalu tekankan nilai prosperity dan kekayaan dalam kehidupan. Tapi tak semestinya mereka ini kedekut dan berkira. Jangan tak tahu, orang Cina juga percaya kepada nilai memberi dan saling tolong-menolong antara satu sama lain. Apa yang kita bagi, itulah yang kita akan dapat balik, malah berganda!

Ya, itulah dia senarainya...

Image via Astro Shaw

Kesimpulannya, tak perlulah ada tanggapan atau stereotaip sebegini terhadap sesiapa sekali pun. Tak elok kan?

Yang penting, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah saling hormat-menghormati antara satu sama lain, tak kira bangsa, kaum, agama, atau warna kulit. Hentikan prejudis perkauman please.

Sempena Tahun Baru Cina, ayuh kita buang stereotaip ini jauh-jauh agar hidup lebih harmoni dan sejahtera. Happy CNY semua! :)

Dung dung dung Haa!

Image via The Best of Youtube Videos/YouTube

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak belajar Bahasa Mandarin? Ikuti panduan mudah ini:

You may be interested in: