Raikan Hari Kebangsaan Dengan Ais Krim Potong Kelapa Yang Menyegarkan Ini!
Ais Krim Potong Kelapa ini memang unik dengan kristal agar-agar warna-warni! :D
Sempena Hari Kebangsaan, kami menghasilkan ais krim tradisi Malaysia yang sangat special iaitu aiskrim potong!
Ais krim potong berperisa kelapa ini sangat sedap untuk menyejukkan badan pada hari yang panas, dan sangat menyegarkan dengan agar-agar berperisa lemon di dalam!
Begini caranya untuk membuat Ais Krim Potong Kelapa:
Bahan-bahan (agar-agar):
- 2 1/2 cawan air
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu besar serbuk agar-agar
- 1 sudu kecil perisa lemon
- Pewarna merah, biru dan kuning
Bahan-bahan (adunan ais krim):
- 1 cawan santan
- 1 cawan krim putar
- 1/2 tin susu pekat
- 1/4 cawan kelapa parut kering (halus)
Cara-cara:
1. Untuk agar-agar, didihkan air dan masukkan gula dan perisa lemon. Kemudian masukkan serbuk agar-agar. Kacau sehingga sebati.
2. Masukkan adunan agar-agar ke dalam dulang. Kemudian masukkan pewarna untuk setiap dulang.
3. Sejukkan selama 15 minit. Kemudian potong agar-agar ke bentuk kiub kecil.
4. Untuk ais krim pula, gaul santan, krim putar dan susu pekat dan masukkan kelapa parut kering. Gaul sehingga sebati.
5. Di dalam acuan ais krim, masukkan kiub agar-agar dan masukkan adunan ais krim.
6. Bekukkan semalaman.
7. Ais Krim Potong Kelapa sudah siap!
LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!