[VIDEO] Kami Tanya Rakyat Malaysia Apa Azam 2017 Mereka Dan Apa Yang Menghalang?
Selalunya, azam tahun baru hanya sekerat jalan.
Setiap kali mula tahun baru, kita pastinya akan berazam untuk melakukan sesuatu yang positif untuk tahun tersebut. Tetapi...
... azam tahun baru atau new year's resolution ini selalunya tersadai di tengah jalan. Jujurnya, berapa ramai je yang betul-betul berjaya merealisasikan azam mereka?
Seperti biasa, kita boleh dengar pelbagai alasan daripada orang-orang sekeliling. Dari "tak ada masa", "tak ada duit" sehinggalah "saya tak berani", terlalu banyak alasan atau 'tapi' yang diberikan apabila sesuatu matlamat tidak dapat dcapai.
Nak realisasikan impian yang telah lama anda idamkan? Mulakan azam anda untuk hidup #tiadatapilagi.
CIMB ingin membantu anda move forward dan letakkan semula matlamat anda ke atas landasan. Untuk itu, CIMB menggalakkan anda berazam untuk melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut: hidup secara sihat, belajar kemahiran baru, atau pergi mengembara.
Anda berpeluang untuk memenangi baucar hebat dari Expedia dan FAVE yang akan membantu anda sepanjang perjalanan. Terdapat 100 baucar Expedia bernilai RM50 setiap satu dan 200 baucar FAVE bernilai RM30 setiap satu untuk dimenangi.
Cuba bayangkan, anda akhirnya boleh berhenti bermimpi untuk solo travel yang telah lama anda idamkan dan macam-macam lagi. Apa sahaja yang anda mahu, anda boleh buat!