lifestyle

Tambah Perasa Dan Warna Kepada Hidangan Anda Dengan Acar Klasik Ini

Masam, manis, masin, pedas; semuanya ada.

Cover image via SAYS

Ramai yang kenal acar ini dengan pelbagai nama; ada yang panggil Jelatah, ada yang panggil Acar Timun, ada juga yang kenalinya dengan nama Pencuk

Image via SAYS

Tidak kiralah dengan nama apa pun ia dikenali, acar ini enak dimakan dengan hampir semua jenis nasi, lagi-lagi dengan Nasi Minyak dan Nasi Beriyani! Begini cara menyediakannya:

Bahan-bahan:
- ½ cawan cuka
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu kecil garam
- Timun
- Nanas
- Lobak merah
- Cili merah
- Bawang besar

Cara-cara:
1. Campurkan cuka, gula, dan garam.
2. Hiris timun, nanas, lobak merah, cili merah, dan bawang besar.
3. Gaul bahan-bahan dihiris dengan campuran cuka.
4. Hidang!

Oleh kerana bahan-bahan seperti timun dan nanas mempunyai kandungan air yang tinggi, acar ini tidak elok disimpan untuk waktu yang lama. Jika boleh, sediakan acar ini fresh setiap kali ingin dimakan =)

Image via Wiffle GIF

Masih ada lebihan hidangan Raya? Cuba resipi ini:

Nak jalan-jalan cari makan? Jom pi Penang!

You may be interested in: