lifestyle

Resipi Ringkas Ayam Pongteh Ini Hanya Perlukan 7 Bahan Sahaja!

Menu hari ni kita buat masakan Nyonya pulak! :D

Cover image via SAYS

Jika anda yang sukakan lauk yang rasa sedikit manis, resipi Ayam Pongteh ini boleh anda cuba. Sangat senang untuk dibuat!

Image via SAYS

Begini caranya untuk membuat Ayam Pongteh:

Bahan-bahan (kisar):
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 1 inci halia

Bahan-bahan:
- 3 paha ayam
- 2 biji kentang (dipotong dadu)
- 2 sudu besar pes taucu
- 1 sudu besar gula melaka
- 1 sudu besar kicap manis
- 500ml stok ayam
- 1 biji cili merah (dipotong separuh)
- Daun bawang (dihiris)

Cara-cara:
1. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia.
2. Tumis bahan kisar dan masukkan pes taucu dan kicap manis.
3. Masukkan ayam dan gaul. Kemudian masukkan stok ayam.
4. Masukkan gula melaka dan kentang.
5. Masukkan cili merah dan biar masak selama 10 minit atau hingga ayam sudah masak dan kentang sudah empuk.
6. Tabur daun bawang sebagai topping.
7. Ayam Pongteh sudah siap!

LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Dapatkan resipi masakan-masakan klasik di sini:

Dapatkan resipi lain-lain juga:

More stories to read: