lifestyle

Sedang Mencari Idea Menu Berbuka? Ikuti Resipi Bubur Lambuk 'Homemade' Ini!

Memang tidak sah rasanya bulan puasa kalau tidak menjamah Bubur Lambuk sekurang-kurangnya sekali ;)

Cover image via SAYS

Bubur berempah ini sedap dimakan panas-panas, dan ​mampu membuat perut berasa selesa setelah seharian berpuasa! Teringin untuk buat sendiri di rumah? Cuba resipi versi mudah ini:

Bahan-bahan:
- 1 biji bawang merah (dikisar)
- 4 ulas bawang putih (dikisar)
- 200g udang kering (dikisar)
- Campuran rempah ratus: bunga lawang, kulit kayu manis, dan lada hitam
- 250g daging (dipotong dadu)
- 2 cawan beras
- 1 pek sup bunjut
- 1 helai daun pandan
- 1 sudu kecil halba
- 1 sudu kecil garam
- ½ cawan Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL
- Daun sup (dihiris)
- Bawang goreng
- Air
- Garam
- Minyak

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis udang kering, bawang merah, dan bawang putih yang dikisar.
2. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, dan lada hitam. Teruskan menumis.
3. Masukkan daging dan kacau sehingga menjadi perang.
4. Masukkan air, diikuti dengan beras yang telah dibasuh.
5. Sebagai penambah perisa, masukkan daun pandan, sup bunjut, halba, dan garam.
6. Biarkan nasi masak sehingga menjadi bubur.
7. Masukkan Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL dan kacau sehingga mendidih.
8. Hidang bersama daun sup dan bawang goreng.

Bubur Lambuk yang merupakan antara comfort food paling digemari pada bulan puasa ini boleh juga dimakan sewaktu sahur

Image via SAYS

Menurut kajian yang dijalankan oleh pakar nutrisi Profesor Wayne Campbell dari Universiti Purdue, Amerika Syarikat, bahan-bahan berprotein tinggi seperti daging dapat membantu melambatkan rasa lapar.

webmd.com

Selain itu, penggunaan susu lemak rendah dalam resipi ini juga dapat meningkatkan pengambilan khasiat yang secukupnya semasa berpuasa

Image via SAYS

Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL merupakan antara sumber khasiat yang baik dengan 56% lebih kandungan protein, dan juga 25% lebih kalsium berbanding dengan susu biasa.

Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL juga mengandungi 75% kurang laktosa dan hanya 1% lemak berbanding dengan susu biasa yang mengandungi 4% lemak. Diperkaya pula dengan 9 jenis vitamin, iaitu A, B1, B3, B6, B12, C, D, E dan Asid Folik, ia amat sesuai untuk mengekalkan tenaga dan kesihatan sepanjang bulan Ramadan ini.

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Cuba resipi yang perfect untuk sahur dan berbuka ini juga:

Kalau berbuka dengan masak lemak hari ni, sedap juga!