lifestyle

Inginkan Idea Hidangan Menarik Untuk Tahun Baru Cina? Cuba Resipi Chicken Dumplings Ini

Cicah dengan sos cili, lagi sedap!

Cover image via SAYS

Sedang mencari resipi-resipi menarik untuk dicuba sempena musim Tahun Baru Cina ini? Hidangkan Chicken Dumplings mudah ini untuk seisi keluarga dan sanak saudara yang bakal berkunjung ke rumah!

Image via SAYS

Begini cara membuatnya:

Bahan-bahan (inti):
- 200g daging ayam kisar
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada sulah
- 1 sudu kecil baking soda
- 1 sudu kecil tepung jagung
- 1/4 cawan daun bawang cincang
- 1/4 cawan sayur bok choy cincang
- 1 sudu kecil kicap manis
- 1 sudu kecil minyak bijan

Bahan-bahan lain:
- Kulit gyoza
- Minyak untuk menggoreng
- Air

Cara-cara:
1. Gaul bahan-bahan inti.
2. Letakkan 1 sudu kecil inti di tengah-tengah kulit gyoza.
3. Sapukan sedikit air di sekeliling kulit.
4. Bermula dari sebelah kiri, kelimkan kulit gyoza.
5. Goreng 5 minit hingga permukaan kulit sebelah bawah menjadi perang.
6. Masukkan air ke dalam kuali, balikkan dumplings dan biar reneh hingga masak.
7. Tabur daun bawang untuk hiasan jika mahu. Hidang dengan sos cili.

Lengkapkan sesi memasak anda dengan Teka! Rangkaian produk Teka yang moden dan berkualiti tinggi pasti memudahkan lagi kerja anda di dapur dan menjadikan hidangan kegemaran anda lebih enak. ;)

Image via Teka

Ketahui tentang rangkaian produk Teka dengan lebih lanjut di sini!

Image via Teka

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Suka resipi ini? Dapatkan resipi yang lain-lain juga!