lifestyle

Resipi Donat Indomie 'Viral' Ini Hanya Perlukan 5 Bahan Sahaja. Jom Buat!

Sekarang dah boleh buat sendiri! :D

Cover image via SAYS

Sudah lama anda 'curious' ingin tahu bagaimana rasanya Donat Indomie viral yang disebut orang ramai? Ini adalah resipi paling mudah untuk hasilkan!

Image via SAYS

Begini caranya untuk membuat Donat Indomie:

Bahan-bahan:
- 1 paket Indomie
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan air
- 1 biji telur
- 1 cawan serbuk roti
- 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:
1. Rebus Indomie hingga masak.
2. Gaul dengan perencah Indomie dan telur.
3. Masukkan Indomie ke dalam acuan bentuk donat.
4. Kukus selama 15 minit dan sejukkan.
5. Di dalam mangkuk berasingan, bancuh tepung dengan air dan garam hingga sebati.
6. Salutkan donat Indomie dengan bancuhan tepung, kemudian salutkan dengan serbuk roti.
7. Goreng hingga keemasan.
8. Donat Indomie sudah siap!

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Sukakan resipi ini? Dapatkan resipi yang lain juga!

You may be interested in: