Begini Caranya Untuk Hasilkan Gado-Gado Klasik Sendiri Di Rumah. Jom 'Try'!
Menu 'appetiser' yang pasti digemari seisi keluarga :D
Dengan kombinasi pelbagai sayuran dituang pula dengan kuah kacang likat, hidangan pembuka selera klasik ini begitu sedap dan cukup mudah untuk dibuat di rumah
Begini cara membuatnya:
Bahan-bahan:
- 5 batang kacang panjang
- 3 batang sawi
- 1/4 biji kubis
- 1 biji kentang
- 2 biji telur
- 1 keping tempeh
- 2 biji tauhu
Bahan-bahan (kuah gado-gado):
- 1 cawan kacah tanah (dibuang kulit)
- 10 tangkai cili kering (direndam air)
- 1 inci lengkuas
- 2 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 1 batang serai
- 1 inci kunyit hidup
- 1 cawan air
- 1 cawan santan
- 2 sudu besar air asam jawa
- 3 sudu besar gula melaka
- 1 sudu kecil garam
Cara-cara:
1. Rebus kacang panjang, sawi, kubis, kentang dan telur.
2. Goreng tempeh hingga rangup.
3. Goreng tauhu.
4. Untuk kuah gado-gado, goreng kacang tanah tanpa minyak.
5. Kisar kacang tanah.
6. Kisar cili kering, bawang putih, bawang merah, serai, lengkuas dan kunyit hidup.
7. Tumis bahan kisar hingga garing.
8. Masukkan air. Gaul
9. Masukkan kacang kisar dan santan.
10. Masukkan air asam jawa, gula melaka, dan garam. Gaul rata dan kemudian tutup api.
11. Hidangkan sayuran, tempeh, dan tauhu bersama kuah kacang.
Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!
LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!