Agar-Agar Mooncake Ini Khas Untuk Anda Yang Inginkan Cara Baru Menikmati Kek Bulan
Hidangan popular ini pasti digemari seisi keluarga!
Sukakan kek bulan? Kini anda boleh cuba satu lagi dessert yang diinspirasikan oleh hidangan tradisional ini iaitu Agar-Agar Mooncake!
Pencuci mulut menyerupai kek bulan ini mempunyai perisa strawberi di lapisan luar, dan perisa oren di lapisan “telur kuning”.
Bahan-bahan:
Lapisan kuning:
- 300ml air
- 1 sudu besar serbuk agar-agar
- 3 sudu besar gula
- 3 sudu besar jem oren
- 200ml santan
- 1 sudu kecil pewarna oren
Lapisan putih:
- 300ml air
- 1 sudu besar serbuk agar-agar
- 3 sudu besar gula
- 200ml santan
Lapisan merah jambu:
- 300ml air
- 1 sudu besar serbuk agar-agar
- 3 sudu besar gula
- 3 sudu besar jem strawberi
- 200ml santan
- 1 sudu kecil pewarna merah jambu
Cara-cara:
1. Didihkan air dengan serbuk agar-agar, gula, dan jem oren.
2. Masukkan santan dan pewarna oren, dan didihkan.
3. Tuang adunan ke dalam mangkuk dan sejukkan 30 minit.
4. Bentukkan agar-agar menjadi bentuk bola.
5. Ulangi langkah 1 dan 2 untuk lapisan putih.
6. Tuang adunan ke dalam muffin tray. Biar sejuk 5 minit.
7. Masukkan agar-agar bebola kuning dan tuangkan adunan putih selebihnya.
8. Sejukkan 15 minit.
9. Ulangi langkah 1 dan 2 untuk lapisan merah jambu.
10. Tuang adunan ke dalam acuan kek bulan. Biar sejuk 5 minit.
11. Masukkan agar-agar putih dan tuangkan adunan merah jambu selebihnya.
12. Sejukkan 30 minit.
13. Siap untuk dihidang!
Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!
Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitterdan Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!