lifestyle

Ingin Hidangkan Sesuatu Yang 'Special' Untuk Berbuka Hari Ini? Jom Buat Kari Kepala Ikan!

Versi ini menggunakan susu untuk mendapatkan kuah kari yang lebih 'light' tapi tetap penuh berperisa.

Cover image via SAYS

Sedar tak sedar, Hari Raya Aidilfitri akan tiba dalam beberapa hari saja lagi! Inginkan hidangan berbuka yang istimewa untuk malam-malam terakhir bulan puasa ini?

Image via SAYS

Ikuti video ini untuk dapatkan resipi Kari Kepala Ikan yang ringkas dan sedap:

Bahan-bahan:
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 inci halia (dihiris)
- Halba campur
- Daun kari
- 5 sudu besar rempah kari ikan (dibancuh dengan sedikit air)
- Kepala ikan
- Air asam jawa
- 1/2 cawan Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL
- Bendi
- Tomato
- Garam

Cara-cara:
1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Masukkan halba campur dan daun kari, dan teruskan menumis.
3. Masukkan rempah kari ikan.
4. Masukkan air dan garam, dan biar mendidih.
5. Masukkan kepala ikan, tutup periuk dan biar masak.
6. Masukkan air asam jawa dan susu. Kacau hingga sebati.
7. Masukkan bendi dan tomato. Masak hingga lembut sedikit dan tutup api.
8. Siap untuk dihidang!

Resipi ini menggunakan Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL untuk mendapatkan kuah kari yang lebih light rasanya

Image via SAYS

Sementara itu, kandungan nutrisi hidangan ini juga dapat ditingkatkan. Tahukah anda Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL mengandungi 56% lebih protein dan 25% lebih kalsium berbanding susu biasa?

Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL juga mengandungi 75% kurang laktosa dan hanya 1% lemak berbanding dengan susu biasa yang mengandungi 4% lemak. Diperkaya pula dengan 9 jenis vitamin, iaitu A, B1, B3, B6, B12, C, D, E dan Asid Folik, ia amat sesuai untuk mengekalkan tenaga dan kesihatan sepanjang bulan Ramadan ini.

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Dapatkan lebih banyak resipi di sini: