Nak Cepat? Guna Resipi 'Shortcut' Ini Untuk Buat Karipap Roti Yang Rangup Dan Sedap!
Memang 'mindblown' bila dapat tahu roti boleh digunakan untuk membuat karipap!
Memang tidak dapat dinafikan, bila terjumpa saja resipi yang memerlukan kita membuat doh, mulalah perasaan malas melanda...
Sebab itu kami rasa anda akan suka resipi minggu ini! Pernah cuba membuat karipap menggunakan roti sebagai kulitnya?
Bahan-bahan:
- 1 dada ayam (dipotong kiub)
- 1 biji kentang (direbus dan dipotong dadu)
- 1 biji bawang merah (dicincang)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 2 sudu besar serbuk kari
- garam secukup rasa
- 1 pek besar roti
- 2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan air)
- Minyak masak
Alat-alat:
- Acuan karipap
- Rolling pin
Cara-cara:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan daging ayam dan tumis sehingga masak.
3. Masukkan kentang, serbuk kari dan garam. Gaul sebati dan tutup api.
4. Gunakan rolling pin dan lenyekkan roti
5. Letakkan roti di atas acuan karipap, dan sesudu inti ke atas roti
6. Sapukan bancuhan tepung gandum di sekeliling inti
7. Kelimkan karipap menggunakan acuan; koyakkan roti yang berlebihan
8. Goreng sehingga keemasan
9. Enjoy!
Bagi yang mungkin tidak tahu, bancuhan tepung gandum yang disapu di atas roti itu berfungsi sebagai gam supaya karipap tidak terbuka semasa digoreng
Kalau makan karipap biasa, serpihan kulitnya mesti akan bertaburan di atas baju. Sebab itu kami minat karipap roti ni: bukan saja rangup, kulitnya tak akan beserpihan dan tertumpah sewaktu makan ;)
SELAMAT MENCUBA!