lifestyle

Ingin Hidangkan Sesuatu Yang Istimewa? Cuba Resipi Kebab Ayam Tandoori Mudah Ini!

Korang yang tengah craving Ayam Tandoori, buat je sendiri kat rumah. Lagi berbaloi!

Cover image via SAYS

Anda selalu order Kebab Ayam Tandoori apabila makan di kedai? Sebenarnya hidangan ini memang ringkas untuk dibuat di rumah. Versi kami istimewa kerana dibuat sebagai kebab, yang sungguh enak untuk dinikmati.

Image via giphy.com

Anda boleh menikmati kebab tandoori ini dengan pelbagai cara. Contohnya, dengan roti naan, roti pita, dibuat sebagai wrap ataupun dihidangkan dengan nasi putih. Memang jimat wang jika anda menghasilkan hidangan ini di rumah! Rasa pun lebih fresh dan sedap.

Ikuti cara di bawah untuk membuat Kebab Ayam Tandoori:

Bahan-bahan kisar:
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia

Bahan-bahan:
- 3 dada ayam
- 1/2 cawan yogurt asli 
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1 sudu kecil serbuk cili
- 1 sudu kecil jintan manis
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada hitam
- 1 sudu besar minyak
- 1 sudu kecil jus limau kasturi
- 1/2 biji lada benggala merah (dipotong kiub)
- 1/2 biji lada benggala hijau (dipotong kiub)
- 1/2 biji lada benggala kuning (dipotong kiub)
- 1 biji bawang besar (dipotong kiub)
- Pewarna merah (optional)
- 1 biji limau kasturi (untuk dihidang)

Cara-cara:
1. Kisar bawang putih dan halia sehingga lumat.
2. Di dalam mangkuk, masukkan yogurt asli, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk cili, serbuk jintan manis, bahan kisar, jus limau kasturi, minyak, garam, lada hitam dan pewarna merah. Gaul.
3. Masukkan ayam, lada benggala dan bawang merah. Gaul hingga rata.
4. Perap selama 30 minit atau semalaman.
5. Menggunakan lidi yang sudah direndam air, cucuk ayam, bawang besar dan lada benggala secara selang seli.
6. Bakar pada sudu 220°C selama 20 minit atau sehingga masak.
7. Kebab Ayam tandoori sudah siap untuk dihidang bersama roti naan, hirisan timun dan perahan limau kasturi.

Dapatkan pelbagai lagi resipi menarik & ringkas di bawah:

You may be interested in: