x

lifestyle

Pernah Cuba Kepala Ikan Salmon Dimasak Asam Pedas? Memang Lain Macam Sedapnya!

Confirm tambah nasi! :D

Cover image via SAYS

Rasa lemak daripada ikan salmon memberikan perisa yang begitu unik kepada kuah asam pedas. Sekali dah cuba, mesti nak lagi!

Image via SAYS

Begini cara membuatnya:

Bahan-bahan (kisar):
- 2 biji bawang merah
- 15 keping cili kering
- 2 inci kunyit
- 2 inci belacan bakar
- 4 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 inci lengkuas

Bahan-bahan:
- Kepala ikan salmon
- Daun kesum
- Bunga kantan
- 2 cawan air
- Bendi
- Tomato
- 2 sudu besar air asam jawa
- 1 sudu kecil garam
 
Cara-cara:
1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering, kunyit, belacan bakar, halia, lengkuas.
2. Tumis bahan kisar hingga garing.
3. Apabila sudah garing, masukkan air.
4. Masukkan daun kesum dan bunga kantan.
5. Masukkan kepala ikan salmon dan biar masak selama 10 minit.
6. Masukkan bendi dan tomato.
7. Masukkan air asam jawa.
8. Masukkan garam.
9. Siap untuk dihidang!

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Suka resipi ini? Dapatkan resipi yang lain-lain juga!