lifestyle

Minat Kuih Klasik? Jom Ikuti Resipi Kuih Ketayap Enak Dan 'Simple' Ini!

Lagi berbaloi buat sendiri di rumah! :D

Cover image via SAYS

Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, minggu ini kami ingin berkongsi resipi kuih klasik yang boleh anda cuba untuk berbuka nanti. Kepada yang sukakan Kuih Ketayap, resipi ringkas ini khas untuk anda!

Image via SAYS

Begini caranya untuk membuat Kuih Ketayap:

Bahan-bahan (inti):
- 3 sudu besar air
- 200g gula melaka
- 2 sudu besar gula
- 1 helai daun pandan
- 1 cawan kelapa parut

Bahan-bahan (ekstrak pandan):
- 1/2 cawan air
- 3 helai daun pandan

Bahan-bahan (kisar):
- Ekstrak daun pandan
- 1 1/2 cawan santan
- 2 biji telur
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar minyak

Cara-cara:
1. Untuk inti, masukkan air ke dalam kuali bersama gula melaka, gula, kelapa parut dan daun pandan. Gaul.
2. Untuk dapatkan ekstrak pandan, kisar air dan daun pandan. Kemudian tapis.
3. Untuk adunan tepung pula, kisar ekstrak daun pandan, santan, telur, tepung gandum dan minyak. Kemudian tapis.
4. Cedokkan adunan ke atas kuali. Apabila sudah masak, angkat.
5. Masukkan inti dan gulung.
6. Siap untuk dihidang!

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Dapatkan banyak lagi resipi pencuci mulut klasik di sini:

You may be interested in: