'Surprise' Si Kecil Anda Dengan Resipi Nugget Ayam Yang Sangat Mudah Dan Sedap Ini!
Khas untuk ibu-ibu yang kesuntukan masa tetapi ingin menyediakan hidangan terbaik untuk anak-anaknya =)
Tetapi bila ada saja laporan yang mengatakan nugget frozen dan yang dijual di restoran fast food amat memudaratkan, rasa was-was pula nak beli untuk anak-anak
Ingat tak kecoh pada tahun 2013 dengan isu "pink slime" yang digunakan untuk menghasilkan nugget ayam secara pukal? Bahagian-bahagian ayam yang digunakan bukan sahaja isi dada dan peha tetapi termasuk lemak, otot dan urat yang dikisar sekali, dan ditambah pula ammonium hydroxide. Proses ini mendapat kecaman hebat daripada chef Jamie Oliver, yang amat mementingkan diet sihat untuk kanak-kanak.
youtube.comKesimpulannya: buat sendiri lagi bagus! Lagi murah, lagi sedap dan lagi sihat ;)
Bahan-bahan:
- 400g daging ayam cincang
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar Italian seasoning
- 2 biji telur
- minyak masak
- garam
- lada hitam
Optional:
- acuan biskut
Cara-cara:
1. Gaul tepung gandum bersama Italian seasoning, garam dan lada hitam
2. Gaul telur bersama garam
3. Gaul daging ayam bersama garam
4. Ambil secubit daging ayam dan celup dalam telur dan tepung
5. Goreng sehingga keemasan
Jika ingin membuat bentuk comel-comel:
1. Tambah 6 sudu besar campuran tepung ke daging ayam cincang dan gaul sebati
2. Ambil secubit daging ayam dan bentukkan dengan acuan biskut
3. Celup dalam telur dan tepung
4. Goreng sehingga keemasan
Untuk alternatif yang lebih sihat, nugget-nugget ini juga boleh dibakar di dalam ketuhar
Mudah kan? Jimat pun jimat =)
Hanya dengan kos RM10 sahaja boleh menghasilkan nugget untuk 4 orang makan!
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!