Oreo Cheesecake Dan 9 Lagi Resipi Seismik Makan Yang Paling Anda Minati Tahun Ini
Ketahui resipi apa yang paling banyak ditonton bagi tahun 2017!
10. Kuih Bakar
Video ini memberikan nafas baru kepada Kuih Bakar tradisional. Dengan menggunakan bekas berasingan, pencuci mulut ini tampak lebih elegan daripada biasa!
Views: 544 ribu
Shares: 19 ribu
Dapatkan resipi penuh Kuih Bakar di sini.
9. Cheesy Wedges
Dengan sos cheese yang likat dan penuh berperisa, tidak hairanlah bagaimana resipi yang berinspirasikan hidangan popular KFC ini menjadi antara resipi Seismik Makan paling diminati ramai!
Views: 787 ribu
Shares: 26 ribu
Dapatkan resipi penuh Cheesy Wedges di sini.
8. Tom Yam Santan
Dalam kesemua resipi masakan Thai yang dikongsi tahun ini, nampaknya resipi Tom Yam Santan ini yang menjadi pilihan penonton. Santan digunakan dalam resipi ini adalah untuk memekatkan lagi tom yam. Ditambah pula dengan pelbagai jenis seafood, hidangan lazat ini wajib dicuba oleh setiap peminat masakan Thai.
Views: 973 ribu
Shares: 31 ribu
Dapatkan resipi penuh Tom Yam Santan di sini.
7. Kuih Keria Gula Melaka
Ingat lagi kuih viral ini yang membuatkan orang ramai sanggup beratur panjang untuk membelinya di Melaka? Video ini memberikan step-by-step yang mudah untuk mereka yang ingin membuat kuih keria bersalut gula melaka ini sendiri di rumah!
Views: 1.1 juta
Shares: 7.7 ribu
Dapatkan resipi Kuih Keria Gula Melaka di sini.
6. Oreo Cheesecake
Foodies Malaysia dan Oreo memang tidak dapat dipisahkan. Jika tahun lepas resipi Kek Batik Oreo menjadi resipi paling viral di Seismik Makan, kali ini Oreo Cheesecake pula yang mencuri tumpuan ramai.
Views: 1.4 juta
Shares: 69 ribu
Dapatkan resipi Oreo Cheesecake di sini.
5. Ayam Kepak Madu
Tidak boleh katakan "Tidak!" kepada sticky chicken wings? Begitu juga kami! Resipi ini menunjukkan versi mudah dengan memasak menggunakan kuali sahaja.
Views: 1.5 juta
Shares: 65 ribu
Dapatkan resipi penuh Kepak Ayam Madu di sini.
4. Soda Herbs
Minuman menyegarkan ini menjadi pilihan ramai tahun ini, terutamanya sewaktu bulan Ramadan. Rasanya yang unik, hasil gabungan asam boi, serai, lemon, laici, dan daun pudina, menjadikannya minuman yang begitu digemari untuk berbuka puasa.
Views: 1.6 juta
Shares: 52 ribu
Dapatkan resipi penuh Soda Herbs di sini.
3. Telur 6 Cara
Daripada Poached Eggs ke Omelette, video kompilasi resipi 6-dalam-1 ini memaparkan masakan telur basic, khas untuk peminat hidangan breakfast!
Views: 1.8 juta
Shares: 64 ribu
Dapatkan resipi penuh Telur 6 Cara di sini.
2. 4 Idea Lunchbox Sihat
Antara resipi sihat yang dikongsikan tahun ini, video kompilasi idea bekalan sihat ini ternyata menjadi favourite di kalangan penonton. Ketahui cara mudah untuk membuat Grilled Chicken, Salmon Steak, Pasta Udang, dan Sandwic Telur menerusi video ini.
Views: 1.9 juta
Shares: 76 ribu
Dapatkan resipi penuh 4 Idea Lunchbox Sihat di sini.
Dan apakah agaknya resipi yang mendapat tontonan tertinggi bagi tahun 2017? *drum roll*
1. Ayam Masam Manis
Ya, resipi hasil kolaborasi Seismik Makan bersama jenama Life ini berjaya meraih tontonan tertinggi =) Video ini menunjukkan cara mudah untuk menghidangkan Ayam Masam Manis di rumah. Sos Cili Limau pula menjadi secret ingredient yang kami gunakan untuk menjadikan hidangan ini jauh lebih sedap daripada di restoran!
Views: 2.1 juta
Shares: 78 ribu
Dapatkan resipi penuh Ayam Masam Manis di sini.
Terima kasih kami ucapkan atas sokongan semua peminat Seismik Makan! Dan seperti biasa, jika ada resipi baru yang anda inginkan, tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah. ;)
LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!
Jangan lupa untuk subscribe kepada channel YouTube kami juga untuk dapatkan resipi baru setiap Selasa!