lifestyle

Inginkan Minuman 'Special' Untuk Berbuka Nanti? Jom Cuba Resipi Sirap Pandan Ini!

Confirm satu keluarga suka! :D

Cover image via SAYS

Sempena bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, minggu ini kami ingin berkongsi resipi minuman yang cukup istimewa untuk menghilangkan dahaga setelah seharian berpuasa

Image via SAYS

Minuman berinspirasikan sirap bandung ini diberikan sedikit twist dengan tambahan jelly pandan! Dapatkan resipi ringkasnya di sini:

Bahan-bahan:
- 400ml air
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu besar serbuk agar-agar hijau
- 1 sudu besar ekstrak pandan
- 2 sudu besar sirap ros
- 100ml susu
- Ais

Cara-cara:
1. Didihkan air dengan gula, serbuk agar-agar hijau dan ekstrak pandan.
2. Masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.
3. Di dalam gelas, masukkan ais, sirap ros dan susu.
4. Gunakan kiub agar-agar pandan sebagai topping.
5. Siap untuk dihidang!

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Dapatkan banyak lagi idea berbuka menarik di sini:

You may be interested in: