lifestyle

Nak Sotong Goreng Tepung Yang Lembut Di Dalam Dan Rangup Di Luar? Cuba Resipi Mudah Ini!

Sedap sangat, takut tak sempat hidang dah habis!

Cover image via SAYS

Ramai yang tak berapa gemar masak Sotong Goreng Tepung ni sebab takut meletup-letup bila digoreng, tapi sebenarnya ada trick mudah yang boleh anda cuba

Tak payah jadi macam abang ni; ada cara lagi senang untuk goreng sotong tanpa letup =)

Image via Brilio

Kalau nak kurangkan letup-letup masa goreng, toskan sotong sehingga paling kering yang boleh. Lepas itu, ikut langkah-langkah ini:

Bahan-bahan:
- Sotong
- 1 cawan tepung gandum
- ½ cawan tepung jagung
- ¼ cawan tepung beras
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 biji telur
- Minyak

Cara-cara:
1. Toskan sotong hingga betul-betul kering.
2. Gaul sotong dengan sedikit garam; biarkan 10 minit.
3. Masukkan telur dan gaul.
4. Di dalam mangkuk yang lain, gaul ketiga-tiga tepung bersama garam, lada putih dan lada hitam.
5. Celup sotong di dalam tepung dan goreng.
6. Hidang!

Nak lagi sedap, perah sedikit jus lemon sebelum makan!

Image via SAYS

Resipi apa pula yang ingin anda lihat minggu depan? Beritahu kami di ruangan komen di bawah!

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Dah cuba resipi-resipi ni?