Resipi Minggu Ini Khas Untuk Mereka Yang Tak Boleh Hidup Tanpa Telur Masak Kicap
Makan dengan nasi putih saja pun dah cukup sedap!
Inginkan hidangan yang sedap, simple dan murah? Ha, Telur Goreng Kicaplah jawabnya, lagi-lagi di waktu pertengahan bulan ini ;)
Versi ini menggunakan lada benggala dan tomato untuk menambahkan sedikit flavour kepada hidangan kesukaan ramai ini. Jom ikuti resipi ini:
Bahan-bahan:
- Telur
- 1/2 biji bawang kuning (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 4 sudu besar kicap masin
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 biji tomato (dipotong)
- Hirisan lada benggala (jika mahu)
- 1/2 cawan air
- 1 sudu kecil lada putih
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan goreng telur. Angkat setelah masak.
2. Tumis bawang kuning dan bawang putih.
3. Masukkan kicap masin, sos tiram, dan lada putih.
4. Masukkan telur dan gaul dengan kicap.
5. Masukkan air, tomato dan lada benggala.
6. Masak hingga pekat.
7. Hidang!
Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!