lifestyle

Raikan Hari Kemerdekaan Tahun Ini Dengan Agar-Agar Malaysia Yang Comel Dan Sedap Ini!

Idea unik ini khas untuk anda yang minat desserts lain dari yang lain.

Cover image via SAYS

Tak sabar nak sambut Hari Kemerdekaan Malaysia hujung minggu ini? Meriahkan lagi sambutan dengan agar-agar diinspirasikan oleh Jalur Gemilang ini!

Image via SAYS

Agar-agar berlapis ini mungkin nampak complicated tetapi sebenarnya amat mudah untuk dibuat. Begini caranya:

Bahan-bahan:
- 5 cawan air
- Agar-agar
- 1 cawan gula
- 1 cawan santan
- Perisa ros
- Pewarna merah, biru dan kuning

Cara-cara:
1. Didihkan air dan masukkan agar-agar.
2. Masak hingga lembut.
3. Masukkan gula, santan dan perisa ros, dan kacau hingga sebati.
4.Bahagikan agar-agar kepada 4 bahagian dan masukkan pewarna merah, kuning dan biru.
5. Sejukkan agar-agar warna kuning selama 15 minit di dalam loyang.
6. Dengan menggunakan acuan, tekapkan bentuk bintang dan bulan ke atas agar-agar kuning.
7. Dalam bekas hidangan, tuangkan selapis agar-agar merah. Sejukkan 15 minit.
8. Ikuti langkah sama untuk setiap lapisan seterusnya: putih, merah, dan biru.
9. Letakkan topping agar-agar berbentuk bulan dan bintang.
10. Siap untuk dihidang!

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-60!

Image via Elham Nor Azman

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

You may be interested in: