Sukakan Masakan Klasik Seperti Sambal Udang Petai? Jom Ikuti Resipi Mudah Ini!
Simple dan sedap! :)
Tak susah sebenarnya untuk masak lauk kegemaran ramai ini! Resipi ini memerlukan hanya 9 bahan dan mengambil masa 10 minit sahaja untuk dimasak.
Begini caranya:
Bahan-bahan:
- Minyak
- 10 ekor udang
- Bawang besar (dihiris)
- 4 ulas bawang putih kisar
- 6 sudu besar cili kisar
- 1 sudu kecil gula
- 3 sudu besar air asam jawa
- Petai
- 1 sudu kecil garam
- Bawang besar (dipotong halus)
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan goreng udang.
2. Pindahkan udang ke piring. Kemudian, tumis bawang besar kisar, bawang putih kisar, cili kisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan gula dan air asam jawa. Gaul.
4. Masukkan petai. Gaul.
5. Masukkan garam dan hirisan bawang besar.
6. Siap untuk dihidang!
Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!
LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!