lifestyle

Tiada Masa? Ikutilah 6 Resipi Ringkas Ini Supaya Dapat Bersahur Tiap-Tiap Hari!

Mudahkan waktu bersahur anda dengan resipi-resipi simple dan sedap ini.

Cover image via SAYS

Penat bekerja dan selalu terbangun lambat untuk bersahur? Cubalah 6 resipi senang dan sedap ini supaya anda dapat bersahur walaupun hanya tinggal 15 minit sebelum subuh!

1. Telur Dadar Dalam Mug

Resipi ini hanya menggunakan beberapa bahan dan satu mug untuk dimasak. Senanglah nak bersihkan dapur nanti!

Image via SAYS

Bahan-bahan:

- 2 biji telur
- 1 sudu besar lada benggala merah (dicincang)
- 1 sudu besar lada benggala hijau (dicincang)
- 2 biji cendawan (dihiris)
- 1 sudu besar bawang kuning (dicincang)
- Secubit garam & lada hitam 

Cara-cara:

1. Sapukan minyak dalam mug.
2. Pecahkan 2 biji telur, dan pukul hingga sebati.
3. Masukkan cendawan, lada benggala merah dan hijau, bawang, dan lada hitam dan garam. Kacau hingga sebati. 
4. Masak adunan dalam microwave selama 2 minit, atau sehingga masak.

2. Roti Bakar Avocado Telur Mata

Resipi ini sangat senang untuk dibuat, sihat dan penuh dengan fiber dan protein! 

Image via SAYS

Bahan-bahan:

- 1 biji avocado
- 1 sudu kecil jus lemon
- Secubit garam & lada hitam
- 1 biji telur
- 1 sudu besar minyak
- 1 keping roti wholegrain

Cara-cara:

1. Dalam mangkuk, lenyekkan avocado bersama jus lemon, lada hitam dan garam menggunakan garpu.
2. Panaskan minyak dalam kuali, pecahkan telur, tutup dan masak selama 1 minit.
3. Sapu avocado hancur atas roti bakar dan hidangkan bersama telur mata. 

3. Sandwic Serunding Cheese

Sesuai untuk citarasa kanak-kanak, Sandwic Serunding Cheese hanya menggunakan 4 bahan, senang dibuat, dan sangat rangup dan sedap untuk dimakan! 

Image via SAYS

Bahan-bahan:

- 2 keping roti wholegrain
- 1 keping cheese keping
- 1/4 cawan serunding
- Mentega

Cara-cara:

1. Sapukan mentega pada kedua-dua belah roti wholegrain.
2. Taruk cheese keping ke atas roti dan taburkan serunding.
3. Tekapkan dengan sekeping lagi roti wholegrain disapu mentega.
4. Cairkan mentega dalam kuali yang dipanaskan.
5. Masak hingga garing dan keemasan. Terbalikkan.
6. Hidang bersama taburan daun ketumbar cincang.

4. Oats Semalaman Dengan Kurma

Selalu terlajak tidur dan bangun lambat untuk bersahur? Buatlah oats semalaman ini di malam hari untuk dimakan masa sahur nanti. Tak perlulah nak risau tentang masa lagi! 

Image via SAYS

Bahan-bahan:

- 1/2 cawan rolled oats
- 2 biji kurma (dicincang)
- 1 sudu kecil jus lemon
- 1 sudu kecil perisa vanilla
- 1/2 cawan yoghurt
- 1/2 cawan susu full-cream
- 1 sudu besar madu

Untuk hidangan

- 1/4 cawan yoghurt
- 1/2 buah epal (dihiris) 
- 1 sudu besar madu
- Secubit serbuk kayu manis

Cara-cara:

1. Dalam mangkuk, masukkan rolled oats, kurma, jus lemon, perisa vanilla, yoghurt, susu full-cream dan madu. Gaulkan adunan.
2. Tutup adunan dengan plastik clingwrap dan biarkan semalaman dalam peti sejuk.
3. Hidang bersama yoghurt, epal, madu dan secubit taburan serbuk kayu manis.

5. Wrap Ayam Masak Merah

Gunakan lebihan ayam masak merah dari juadah buka puasa untuk membuat resipi unik dan simple ini, supaya tiada makanan dibazirkan. 

Image via SAYS

Bahan-bahan:

- 1 keping tortilla wrap
- 1/4 daun salad (dihiris)
- 1/4 cawan tomato ceri (dipotong dadu)
- 1/4 timun jepun (dipotong dadu)
- 1/2 cawan ayam masak merah (dihiris)

Cara-cara:

1. Letakkan daun salad, tomato timun dan ayam masak merah ke atas tortilla yang sudah dipanaskan.
2. Gulung, dan hidang.

6. Hotcakes Tanpa Tepung Bersama Kurma

Resipi ini bukan saja senang untuk dibuat, malah juga sangat bernutrisi! Pasti anda tidak akan berasa kelaparan separuh hari nanti.

Image via SAYS

Bahan-bahan:

- 1 biji pisang
- 1/2 cawan rolled oats
- 40ml susu full-cream
- 2 biji buah kurma
- 1 sudu besar gula
- 2 sudu kecil perisa vanilla
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- secubit garam
- secubit serbuk kayu manis
- 3 biji kurma

Cara-cara:

1. Dalam mangkuk, hancurkan pisang. 
2. Masukkan rolled oats, kurma, susu full-cream, telur, perisa vanilla, gula, serbuk kayu manis, garam dan serbuk penaik. Kacau hingga sebati.
3. Sendukkan adunan keatas kuali non-stick yang telah dipanaskan. 
4. Masak hingga keemasan. Terbalikkan.
5. Hidang bersama pisang dan madu.

Penat selepas separuh hari berpuasa? Bersahurlah bersama minuman malt-coklat MILO yang dapat membekalkan tenaga untuk sepanjang puasa!

Jika betul-betul tiada masa, pastikan dapur anda dilengkapi dengan MILO 3-in-1. Sekurang-kurangnya, dapatlah juga mengalas perut dengan secawan MILO dan roti bakar.

Nak stock up dengan mudah? Anda boleh memesan pek MILO 3-in-1 dari Lazada dan nikmati harga promosi sepanjang bulan Ramadan!

Dapatkan semua barang keperluan sahur dengan senang melalui pembelian online!

Image via MILO

Untuk menyenangkan sarapan sahur anda, MILO juga telah berkolaborasi bersama honestbee untuk menyediakan anda MILO Breakfast Pack.

Terdapat 3 MILO Breakfast pack untuk dipilih, yang dilengkapi bahan-bahan serta resipi-resipi ringkas dan mudah untuk dibuat. Ini supaya anda tidak perlu pening kepala memikirkan apa yang nak dimakan ketika sahur nanti.

Nota: Servis ini terbuka kepada pelanggan-pelanggan bertempat di Lembah Klang sahaja.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web MILO di sini.

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Dapatkan banyak lagi idea sahur menarik di sini: