lifestyle

[VIDEO] Kami Cuba 'Recreate' 3 Hidangan Padu Dari Gegaria Dan Ini Hasilnya

Resipi disertakan sekali!

Cover image via imgur.com

Bila bercakap tentang Gegaria, perut kami asyik nak berkeroncong saja rasanya. Mana tidaknya, semua yang ke festival ini rajin betul berkongsi macam-macam gambar makanan yang lain macam awesomenya!

Berinspirasikan hidangan-hidangan menarik yang tersedia di Gegaria, kami mendapat idea untuk cuba recreate 3 hidangan padu ini:

1. Tajima Burger

Image via SAYS

Burger yang cukup popular ini dibuat menggunakan paha ayam boneless yang diperap dan kemudian dipanggang. Patty ayam istimewa ini dilengkapkan lagi dengan cheese, sos cili dan mayones!

Yang menariknya, bun burger ini dikukus dahulu sebelum dibakar untuk mendapatkan tekstur yang lembut di dalam dan rangup di luar. ;)

2. Ayam Goreng Kunyit Mat Rock

Image via SAYS

Terliur setiap kali kami tengok gambar ayam goreng kunyit ini dikongsi! Versi Seismik Makan ini menggunakan dada ayam bersalut tepung jagung dan serbuk kunyit, dan dihidangkan dengan sambal extra pedas.

3. Cendol Durian

Image via SAYS

Sesi memasak berinspirasikan Gegaria semestinya tidak lengkap tanpa mencuba buat Cendol Durian sendiri. Dengan gabungan gula melaka pekat, kuah santan, cendol, jagung manis, dan kacang merah bersama durian, anda pasti ingin mencuba resipi dessert epik ini!

Ingin tahu bagaimana rasa setiap hidangan ini? Tonton videonya di sini:

Untuk cuba banyak lagi hidangan menjilat jari, jom jalan-jalan cari makan di Festival Gegaria yang bakal berlangsung weekend ini!

Dimeriahkan dengan food trucks yang menyajikan makanan dari kesemua 14 negeri, segala cravings anda pasti akan terlangsai!

Image via Applefoodees
Image via Food POI

Antara menu paling popular termasuklah Nasi Lemak Tanglin, MieCord Char Koay Teow, dan Ayam Goreng Uncle Bob.

Untuk yang minat masak-masak pula, Gegaria turut menampilkan sesi food demo di Booth Dapur Panas bersama selebriti terkenal Chef Naem!

Dapatkan lokasi dan tarikh untuk Festival Gegaria seterusnya di sini:

  • 7 April 2018 | Dataran Centrio Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan
  • 14 April 2018 | Amanjaya Mall, Sg. Petani, Kedah

Untuk update terkini, ikuti GoGegaria di Instagram dan Facebook. Jumpa anda di sana!

Image via Zaidi Aziz

Bukan saja makanan best, ada bermacam-macam aktiviti menarik menanti anda! Dapatkan info lanjut di sini: