lifestyle

Sukakan Chicken & Waffles? Cubalah Resipi Waffles Ayam Goreng Berempah Kita Ini!

Waffles santan dengan ayam goreng berempah ini cukup rangup dan sedap. Wajib anda cuba! :D

Cover image via SAYS

Pernahkah anda cuba masakan barat yang unik ini?

Image via Food Network

Hidangan ini berasal dari Amerika Selatan yang diperbuat daripada waffles dan ayam goreng yang rangup. Chicken and Waffles adalah hidangan yang digemari orang ramai.

Minggu ini, kami hasilkan resipi versi kami pula iaitu Waffles Ayam Goreng Berempah!

Image via SAYS

Yang istimewanya tentang resipi waffle ini ialah kami menggunakan santan supaya waffle menjadi lebih berlemak dan aromatik. Selain itu, ayam goreng berempah yang ranggup ini sangat sesuai untuk dimakan bersama waffle disaluti dengan sos Honey Garlic Chili yang cukup enak!

Begini caranya untuk membuat Waffles Ayam Berempah:

Bahan-bahan (bahan kisar):
- 1 1/2 batang serai
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 1 inci lengkuas
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang kecil

Bahan-bahan (perapan ayam):
- Bahan kisar
- 1 sudu kecil jintan putih (ditumbuk)
- 1 sudu kecil jintan manis (ditumbuk)
- 1 sudu kecil biji ketumbar (ditumbuk)
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada hitam
- 1 sudu kecil serbuk kari ayam
- Daun kari

Bahan-bahan (salutan ayam):
- 1 cawan tepung gandum

Bahan-bahan (adunan tepung Santan Waffles):
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan
- 1 biji telur
- 1/2 sudu kecil baking soda
- 1/2 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil gula

Bahan-bahan (Honey Garlic Chili Drizzle):
- 5 sudu besar madu
- 2 sudu besar chili flakes
- Sedikit air
- 1 sudu kecil garlic salt

Cara-cara:
1. Kisar serai, halia, kunyit hidup, lengkuas, bawang putih, bawang kecil sehingga lumat.
2. Perap ayam dengan bahan kisar, jintan putih, jintan manis, biji ketumbar, garam, lada hitam, serbuk kari ayam dan daun kari. Gaul sehinga sebati.
3. Salut ayam dengan tepung gandum.
4. Goreng ayam sehingga keemasan.
5. Untuk waffles pula, gaul tepung gandum, baking powder, baking soda, gula, santan dan telur sehingga sebati.
6. Panaskan waffle maker non-stick anda dan sapukan mentega.
7. Masukkan satu senduk adunan tepung ke dalam waffle maker dan ratakan.
8. Masak waffle sehingga menjadi warna keemasan.
9. Untuk sos Honey Garlic Chili pula, gaul madu, chili flakes dan sedikit air.
10. Waffles Ayam Goreng Berempah sudah siap!

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Suka resipi ini? Dapatkan resipi yang lain-lain juga!

Jika anda malas nak masak sendiri, cubalah Chicken And Waffles di sini!

You may be interested in: