[GAMBAR] Food Artist Terkenal Di Malaysia Ini Hasilkan Menu Spesial & Unik Untuk Anak-Anak
Jangan terkejut kalau anak-anak start suka makan sayur!
Selalu nampak orang hasilkan bento boxes yang comel dan cantik untuk anak-anak kan? Sangat menarik perhatian, mana taknya cute sangat... Kita pun jadi terliur nak makan!
Pernah tak mengalami masalah seperti anak tak suka makan? Tak suka sayur? Tak makan buah-buahan. Hmm, macam mana nak dapatkan khasiat dan nutrisi yang secukupnya kan? Jangan risau, jom tengok idea-idea menarik dari wanita ini.
Samantha Lee merupakan seorang food artist yang terkenal di Malaysia.
Wanita cantik ini sangat suka sediakan pelbagai menu spesial dan unik terutamanya menu untuk menarik perhatian anak-anak. Bukan anak-anak je tertarik, kita pun terpikat dah!
Beliau merupakan graduan Le Cordon Blue, bidang kulinari. Teknik masakan dari persiapan makanan sehingga lah penyediaan makanan, beliau memang tip top. Sangat hebat! Tunggu apa lagi? Jom tengok hasil karya seni makanan yang dipamerkan.
Lepas ni, mommies boleh la tiru cara ni untuk bagi anak-anak makan...
Confirm licin pinggan tu nanti... Let the food tell the story... Boleh lah lepas ni anak-anak makan nasi, sayur dan buah-buahan. Haa, lengkap nutrisi!
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!