makan

7 Resepi Minum Petang Yang Wajib Cuba Di Rumah. Serius Senang!

Kudapan ini bertambah lazat jika dihidangkan dengan kopi...

Cover image via Potret lahad datu ll (Facebook) & Siti Nur Baini (Facebook)

Ala roti dengan kopi lagi? Bosanlah minum petang asyik sekeping roti je...

Haa, tak perlu bosan dan risau dah. Sebenarnya banyak je resepi minum petang yang senang dibuat dan sedap!

Image via GIPHY

Takde idea? Jom check out idea-idea resepi menarik ni. Confirm lepas ni fancy minum petang anda!

1. No-oven pizza roti putih

Pizza sememangnya kegemaran semua. Pizza ni senang nak hasilkan, dengan adanya roti putih tabur dengan topping yang anda suka. Siap dah pizza kegemaran! Tak perlukan oven tau, cuma guna pan je. 

Dapatkan resepi penuh di sini

2. Air fryer mini pizza cups

Nak lagi senang? Gunakan air fryer! Masukkan semua bahan-bahan dalam satu mini cup, letak dalam air fryer siap dah... Nak bagi anak-anak makan pun senang, tinggalkan agihkan je. Tak perlu potong-potong.

Dapatkan resepi penuh di sini.

3. Roti bakar pisang ala Domino's

Dah biasa kan buat roti bakar disapu dengan mentega dan kaya? Haa, cuba ini pula, roti bakar pisang ala banana kaya di Domino. Rasa kelainan dan nikmatnya tu... Emm, enak dimakan begitu sahaja! Dihidangkan bersama kopi, fuh mantap.

Dapatkan resepi penuh di sini.

4. Air fryer smores 3 bahan

Siapa je tak suka smores? Anak-anak confirm suka. Hanya perlukan 3 bahan je tau untuk hasilkan smores ni. Guna air fryer je! Hidangkan dengan teh O panas, padu...

Dapatkan resepi penuh di sini

5. Jemput-jemput sosej

Haa, resepi yang unik ini ternyata sedap dan simple cara penyediaannya. Dah biasa buat jemput-jemput pisang, jemput-jemput ikan bilis kan? Apa kata cuba resepi baru yang unik ni pula? Confirm tak menyesal!

Dapatkan resepi penuh di sini

6. Scones ala Cameron Highlands

Image via oetker.co

Haa ini dia 'secones' kampung people tu... Nak feeling-feeling minum petang di Cameron Highland? Nah ini dia, hidangkan scones ni bersama English breakfast tea. Fuh, tak perlu travel, dalam rumah pun boleh feeling-feeling. Cara-caranya senang je. Jom check out resepi penuh! 

Dapatkan resepi penuh di sini.

7. Bahulu tradisional 3 bahan

Bahulu ni memang dari dulu sampai sekarang, tak pernah jemu-jemu bila makan. Kuih tradisional ini memang menjadi kegemaran tidak mengira usia. Dihidangkan dengan teh tarik atau kopi untuk minum petang. Emm, perfect!

Dapatkan resepi penuh di sini. 

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Kuih-muih tradisional juga salah satu hidangan minum petang tau. Tapi, anda yakin ke dah expert tentang kuih? Cabar diri anda jom!

Inginkan resepi minum petang yang lain?

Bosan dengan kopi dan teh? Lengkapkan hidangan minum petang anda dengan ini:

You may be interested in: