x

makan

Nak Makan Scones? Inilah Cara Buat Scones Ala Cameron Highlands Paling Senang Sekali

Crunchy di luar dan lembut di dalam, yummy!

Cover image via Norleen Mohid (Facebook)

'Secones'? Ehh 'scones'? Yang mana ni yang betul?

It's scones!

Image via Tesco

Scones merupakan menu popular bagi orang Eropah. Kebiasaannya dihidangkan sebagai minum petang. Scones enak dimakan dengan butter dan jem. Pernah pergi Tanah Tinggi Cameron? Haa, kat situ memang selalu jual scones.  Rasanya memang sedap, tak cukup sekali ngap.

Apa kata kita try buat sendiri? Senang tak susah pun

Bahan yang diperlukan:

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 4 sudu kecil baking powder
  • 1/4 cawan gula perang
  • Garam secukup rasa
  • 5 sudu besar mentega
  • 1/2 cawan blackcurrant atau kismis
  • 1/2 cawan susu
  • 1/4 cawan yogurt
  • 1 biji telur
  • 1 susu besar susu

Cara penyediaan:

1. Ayak tepung dan baking powder. Masukkan mentega, gula perang dan garam. Gaul sehingga sebati. 
2. Masukkan bahan kering seperti blackcurrant atau kismis. 
3. Masukkan susu dan yogurt ke dalam adunan tadi dan gaul sehingga sebati.
4. Bentukkan adunan menjadi doh.
5. Potong doh mengikut saiz kehendak anda dan bulatkan doh menjadi bulat.
6. Sapukan dengan campuran telur dan susu. Rehatkan selama 10 minit dan panaskan oven terdahulu pada suhu 200°C selama 15 minit. 
7. Bakar scones dalam 10-15 minit. 

Yayy! Dah siap scones yang enak lazat. Simple kan?

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram

Image via Seismik Makan

Jom belajar resepi lain