Lebih 7K 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Bingka Ubi Kayu Yang Mudah. Confirm jadi!
Jom try buat kuih bingka ubi kayu sendiri. Hanya menggunakan 5 bahan sahaja, simple je!
Craving kuih bingka ubi kayu? Jom buat sendiri, hanya menggunakan 5 bahan je!
Kuih bingka ubi kayu merupakan kuih tradisional Melayu, tetapi kuih ini bukan sahaja dimakan oleh kaum Melayu tetapi juga dimakan oleh semua kaum di Malaysia. Kuih ini juga dikenali sebagai bengkang ubi kayu di negeri pantai timur. Kuih ini padat dengan rasa ubi kayu, rasa lemak, kenyal, enak dan lazat, memang padu!
Kalau tiba-tiba teringin nak makan kuih bingka ubi kayu, mana nak dapat? Takkan nak tunggu pasar malam mingguan? Apa kata kita cuba buat sendiri, 5 bahan simple je! Confirm jadi!
Antara bahan yang diperlukan:
- 4 cawan ubi kayu (siap diparut).
- 2 cawan santan
- 1 cawan gula pasir
- 1/2 sudu teh garam
- Sedikit pewarna kuning
Cara penyediaan:
2. Masukkan semua bahan ke dalam loyang.
3. Panaskan ketuhar pada suhu 200°C.
5. Setelah masak, keluarkan dan sejukkan dalam lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!