makan

Ini Cara Untuk Hasilkan Kuih Bulan Versi Halal Menggunakan 8 Bahan Je!

Tak perlu risau dan ragu-ragu lagi, sememangnya homemade dan halal.

Cover image via MakcikManggis (Blogspot)

Kuih bulan versi halal ini sangat sesuai dihasilkan semasa musim perayaan kuih bulan yang jatuh pada September.

Perayaan ini disambut oleh kaum Cina untuk mengeratkan hubungan antara keluarga sempena bulan penuh yang melambangkan keluarga yang lengkap.

Tahukah anda? Kuih bulan ni makanan tradisional yang dihidang dengan teh panas. Kebiasaannya kuih bulan ni mempunyai pelbagai perisa seperti kacang merah, lotus, kacang hijau, coklat dan durian. Kebanyakan kuih bulan yang dijual di pasaran tak halal kerana mengandungi pork lard.

Terliur tengok kuih bulan kat luar sana? Jangan risau, anda boleh gunakan resepi ni untuk buat kuih bulan homemade sendiri, halal pulak tu!

Kami jumpa resepi mooncake halal yang tak menggunakan pork lard, dari MakcikMaggis.

Antara bahan yang diperlukan ialah:

Bahan-bahan kulit kuih bulan:

  • 150 gram golden syrup.
  • 60 gram minyak kacang
  • 5 gram air alkali
  • 250 gram tepung kek
Bahan-bahan untuk inti:
  • 350 gram pes kacang merah
  • 7 biji kuning telur masin
Bahan-bahan untuk sapuan:
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar susu segar

Cara membuatnya:

1. Gabungkan air alkali, minyak kacang dan golden syrup. Pukul sehingga sebati.
2. Ayakkan tepung dan kacau sehingga sebati (jangan uli).
3. Perap selama 1-2 jam. Selepas itu, uli doh sampai lembut.
4. Bulat-bulatkan doh menggunakan 60 gram doh setiap satu bola.
5. Bulat-bulatkan pes kacang merah menggunakan 50 gram setiap satu bola.
6. Untuk menghasilkan kuih bulan, leperkan pes kacang merah dan masukkan kuning telur masin. Balut dengan rapi.
7.Kemudian, balutkan inti dengan doh kulit kuih bulan (perlu hati-hati supaya tidak terkeluar semasa dicetak).
8. Taburkan acuan kuih bulan dengan sedikit tepung.
9. Masukkan doh kuih bulan yang telah siap tadi ke dalam acuan dan tekan perlahan-lahan agar terbentuk corak-corak kuih bulan atas doh tadi.
10. Tekan ke atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak (juga boleh dialas dengan baking paper).
11. Spray dengan sedikit air atas permukaan kuih bulan sebelum dimasukkan ke dalam oven (supaya tidak retak semasa dibakar).
12. Bakar selama 10 minit.
13. Kemudian keluarkan dari oven. Sejukkan lebih kurang 15 minit.
14. Sapukan kuih bulan dengan bancuhan kuning telur dan susu segar.
15. Bakar selama 15-20 minit sehingga kuih bulan masak perang keemasan.

Apabila dah siap, inilah hasilnya. Sedap dan simple dengan menggunakan hanya 8 bahan sahaja!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom cuba resepi-resepi lain:

You may be interested in: