makan

Ayam Salted Egg & 7 Resepi Masakan Cina Mudah & Dijamin Halal Untuk Anda Cuba Di Rumah!

Jom hasilkan 8 resepi hidangan Cina yang lazat dan ringkas ini!

Cover image via Seismik Makan

1. Chicken Dumplings

Image via Seismik Makan

Untuk resepi yang mudah, anda wajib sekali mencuba resepi Chicken Dumplings ini. Anda hanya perlu menyediakan inti dan gorengkan sahaja. Bukan itu sahaja, resepi ini juga hanya menggunakan bahan-bahan murah. Sesuai juga jika anda ingin menjimat duit!

Dapatkan resepi Chicken Dumplings di sini.

2. Egg Drop Soup

Image via Seismik Makan

Resepi Egg Drop Soup sememangnya ringkas sekali kerana hanya menggunakan 7 bahan sahaja. Malah, semua bahan pasti boleh didapati di dapur anda. Walaupun resepi ini simple, tetapi hasilnya begitu memuaskan. Sedap betul!

Dapatkan resepi Egg Drop Soup di sini.

3. Nasi Goreng Udang dan Telur

Image via Seismik Makan

Hidangan Nasi Goreng Udang dan Telur ini pasti akan menjadi kegemaran orang ramai di meja makan. Sesuai sekali jika dihidangkan di upacara istimewa! Resepi ini juga sangat mudah untuk disediakan kerana anda hanya perlu menggoreng nasi sahaja. Campak-campak sudah siap!

Dapatkan resepi Nasi Goreng Udang dan Telur di sini.

4. Lemon Chicken

Image via Seismik Makan

Lemon Chicken sememangnya hidangan klasik di mana-mana restoran Cina Muslim. Memang tidak mustahil hidangan ini akan digemari ramai kerna siapa sahaja yang tidak menggemari ayam goreng? Lebih-lebih lagi jika ayam goreng tersebut disaluti sos lemon yang masam manis? Memang nikmat habis!

Dapatkan resepi Lemon Chicken di sini.

5. Salted Egg Chicken Wings

Image via Seismik Makan

Sebut sahaja telur masin, pasti ramai yang excited! Manakan tidak, hidangan Salted Egg Chicken Wings ini mempunyai ayam goreng rangup yang disalut dengan sos telur asin. Gabungan rasa masin, lemak dan pedas pasti akan menaikkan selera anda!

Dapatkan resepi Salted Egg Chicken Wings di sini.

6. Ikan Kung Pao

Image via Seismik Makan

Untuk resepi yang lain daripada lain, anda wajib sekali mencuba resepi Ikan Kung Pao ini. Hidangan ini mempunyai rasa masam manis dengan tambahan rasa cili kering untuk sedikit kick. Sesuai untuk anda yang sukakan pedas!

Dapatkan resepi ikan Kung Pao di sini.

7. Ayam Masam Manis

Image via Seismik Makan

Hidangan Ayam Masam Manis sememangnya hidangan Cina yang terkenal. Resepi ini sangat mudah untuk disediakan kerana anda hanya perlu menggunakan bahan-bahan asa dapur yang murah seperti sos cili, sos tomato dan sos tiram sahaja. Gandingan rasa masam dan manis juga sangat menyelerakan! 

Dapatkan resepi Ayam Masam Manis di sini.

8. Ginger Beef Kuey Teow

Image via Seismik Makan

Untuk resepi yang dijamin simple dan puas hati, anda wajib sekali mencuba resepi Ginger Beef Kuey Teow ini. Hidangan ini mempunyai kuah likat yang dipenuhi dengan daging dan kepingan halia. Ditambah pula dengan kuey teow yang mempunyai minyak bijan. Memang nikmat! 

Dapatkan resepi Ginger Beed Kuey Teow di sini.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Dapatkan banyak lagi resepi best di sini:

You may be interested in: