9 Resepi Berasaskan Ayam Goreng Yang Anda Wajib Tahu Masak. Mudah, Murah & Serius Sedap!
Jom hasilkan 9 resepi ayam goreng yang ringkas ini. Memang sedap!
1. Butter Chicken
Untuk hidangan yang bersesuaian dengan cita rasa orang ramai, anda wajib sekali mencuba resepi Butter Chicken ini. Hidangan viral ini sememangnya enak sekali kerana mempunyai susu cair, daun kari dan cili padi. Ada rasa lemak, creamy dan pedas. Memang cukup rasa lah!
Dapatkan resepi Butter Chicken di sini.
2. Ayam Goreng Kunyit
Resepi Ayam Goreng Kunyit ini begitu lazat kerana mempunyai kulit ayam crispy tanpa menggunakan tepung yang banyak. Ayam goreng ini juga mempunyai rasa rempah ratus yang begitu menyerlah. Sesuai jika anda mahukan hidangan ayam goreng yang flavorful dan ringkas.
Dapatkan resepi Ayam Goreng Kunyit di sini.
3. Ayam Pandan
Untuk hidangan ayam goreng yang istimewa, anda wajib sekali hasilkan resepi Ayam Pandan ini. Hidangan ini pasti akan menggamit selera anda kerana ayam diperap terlebih dahulu dengan sos tiram, minyak bijan dan kicap cair. Makan sekali, pasti nak lagi punyalah!
Dapatkan resepi Ayam Pandan di sini.
4. Ayam Goreng Spicy
Hidangan Ayam Goreng Spicy ini memang klasik. Sesuai sekali buat anda yang teringin untuk menghasilkan Ayam Goreng Spicy di rumah. Dijamin lebih sedap dan lebih murah! Anda juga boleh mengubah suai kepedasan ayam mengikut cita rasa anda.
Dapatkan resepi Ayam Goreng Spicy di sini.
5. Lemon Chicken
Resepi Lemon Chicken ini sangat unik. Tambahan rasa lemon memberikan rasa yang begitu refreshing. Ditambah pula dengan sos tiram, kicap cair dan stok ayam untuk menaikkan rasa. Bukan itu sahaja, ayam juga digoreng sehingga rangup. Meleleh air liur dibuatnya!
Dapatkan resepi Lemon Chicken di sini.
6. Crispy Rendang
Resepi Crispy Rendang memang lain daripada yang lain, tetapi begitu sedap. Resepi ini sama seperti rendang tetapi ia menggunakan ayam goreng. Anda juga boleh menikmati hidangan ini seperti popcorn chicken dicicah dengan kuah rendang.
Dapatkan resepi Crispy Rendang di sini.
7. Ayam Masam Manis
Resepi Ayam Masam Manis sangat mudah untuk disediakan kerana hanya menggunakan bahan-bahan asas dapur yang murah seperti sos cili, sos tomato dan sos tiram sahaja. Gandingan rasa masam dan manis juga pasti akan menaikkan selera anda. Sedap betul!
Dapatkan resepi penuh Ayam Masam Manis di sini.
8. Ayam Goreng Kunyit
Hidangan Ayam Goreng Kunyit ini sememangnya resepi crowd-favorite yang sangat ringkas untuk disediakan. Anda hanya perlu perapkan ayam terlebih dahulu dan gorengkan sekali dengan sayur-sayuran. Senang betul, sedap pun sedap!
Dapatkan resepi penuh Ayam Goreng Kunyit di sini.
9. Spicy Korean Fried Chicken
Jika anda mengidamkan Spicy Korean Fried Chicken tetapi tidak mahu membelanjakan duit yang banyak, anda wajib sekali mencuba resepi ini. Dijamin lebih murah daripada kedai! Resepi ini juga sangat lazat kerana mempunyai gabungan rasa pedas dan manis. Malah, ayam goreng juga masih kekal rangup walaupun disalut sos. Memang syok!
Dapatkan resepi Spicy Korean Fried Chicken di sini.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!