makan

Ayam Pandan, Aglio Olio & 8 Lagi Resepi Viral Seismik Makan Anda Wajib Cuba Masak Di Rumah

Jom cuba hasilkan 10 resepi viral pada tahun 2019 yang mudah dan serius lazat ini!

Cover image via Seismik Makan

1. Resepi Ayam Goreng Pandan

Image via Seismik Makan

Antara resepi paling viral dari Seismik Makan tahun ini ialah Ayam Goreng Pandan. Hidangan ini mempunyai kicap cair, sos tiram, minyak bijan, lada putih, akar daun ketumbar, halia, bawang putih yang pasti akan menaikkan selera sesiapa sahaja. Bukan itu sahaja, ayam juga diperap dan dikukus untuk memastikan rasa rempah ratus yang mantap. Patutlah viral! :D

Dapatkan resepi Ayam Pandan di sini.

2. Resepi Boba Pearls

Image via Seismik Makan

Minuman boba antara yang paling trending pada tahun 2019! Memang best jika anda hasilkan di rumah kerana anda boleh membuat pelbagai jenis minuman boba yang sesuai dengan cita rasa anda seperti coklat, teh hijau dan banyak lagi. Resepi ini juga hanya menggunakan 5 bahan sahaja. Mudah dah sedap!

Dapatkan resepi Homemade 'Boba' Pearls di sini.

3. Resepi Wantan Cendawan Enoki

Image via Seismik Makan

Jika anda mengidamkan kudapan yang lazat dan unik, resepi Wantan Cendawan Enoki ini khas untuk anda! Resepi ini hanya menggunakan bahan-bahan yang tidak mencecah RM10 pun! Hasilnya pula rangup dan begitu menyelerakan. Makan sekali, pasti nak lagi! 

Dapatkan resepi Wantan Cendawan Enoki di sini.

4. Resepi Aglio Olio

Image via Seismik Makan

Antara hidangan pasta yang paling mudah untuk dihasilkan ialah pasta Aglio Olio. Hidangan ini hanya menggunakan bahan-bahan utama yang boleh didapati di dapur anda seperti minyak zaitun, bawang putih, daun parsley dan kepingan cili. Ditambah pula dengan keju parmesan, udang dan sotong, hidangan ini menjadi lebih istimewa! 

Dapatkan resepi Spaghetti Aglio Olio di sini.

5. Resepi Ayam Goreng Kunyit

Image via Seismik Makan

Semua orang pasti suka akan ayam goreng! Tetapi apa yang best tentang resepi Ayam Goreng Kunyit ini ialah kulitnya yang rangup dan penuh dengan rasa rempah ratus walaupun tidak menggunakan tepung yang banyak. Memang mudah dan sedap!

Dapatkan resepi Ayam Goreng Kunyit di sini.

6. Resepi Daging Berlada

Image via Seismik Makan

Resepi Daging Berlada ini sesuai sekali untuk anda yang menggemari makanan pedas. Kombinasi daging yang empuk dan garing dengan cili tumbuk pasti akan membuat anda terliur. Hidangan ini juga hanya menggunakan 8 bahan sahaja. Setiap bahan pula anda pasti sudah ada di dapur!

Dapatkan resepi Daging Berlada di sini.

7. Resepi Homemade Kaya Balls

Image via Seismik Makan

Antara snek yang wajib dibeli apabila ke pasar raya ialah Kaya Balls. Tetapi anda juga boleh menghasilkan snek enak ini di rumah dengan menggunakan 3 bahan sahaja. Hasilnya pula sama seperti Kaya Balls sebenar. Teksturnya yang gebu dan isinya yang padat dengan kaya pasti akan membuat anda nak lagi. Memang tidak cukup makan satu sahaja!

Dapatkan resepi Homemade Kaya Balls di sini.

8. Resepi Oden

Image via Seismik Makan

Antara hidangan viral pada tahun 2019 ialah oden. Jika anda mahukan alternatif yang murah, anda wajib sekali menghasilkan oden sendiri di rumah. Anda hanya perlu membeli beberapa jenis bahan-bahan oden dan pes kuah sahaja. Anda juga boleh mengubah suai perisa kuah mengikut cita rasa anda sendiri. Lagi puas hati!

Dapatkan resepi Oden di sini.

9. Resepi Ayam Masak Halia

Image via Seismik Makan

Resepi Ayam Masak Halia ini pasti akan menaikkan selera sesiapa sahaja. Hidangan stir-fry ini bukan sahaja mudah, tetapi hanya menggunakan bahan-bahan yang murah. Sesuai buat anda yang ingin berjimat cermat. Memang enak jika dinikmati bersama sepinggan nasi panas!

Dapatkan resepi Ayam Masak Halia di sini.

10. Resepi Homemade Pepero

Image via Seismik Makan

Snek Pepero sememangnya kegemaran ramai kerana biskutnya yang rangup dan sedap dinikmati dengan coklat. Tetapi snek ini juga mudah untuk disediakan di rumah. Anda hanya perlu menggunakan kulit popiah sahaja! Homemade Pepero ini juga sesuai dibuat untuk hari perayaan, upacara istimewa ataupun snek harian. Sedap!

Dapatkan resepi Homemade Pepero di sini.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom hasilkan banyak lagi resepi best dari Seismik Makan di sini:

Leave a comment