Sediakan Resepi Viral Wantan Cendawan Enoki 3 Bahan Ini. Kurang Dari RM10 Pun Boleh Buat!
Jom hasilkan snek petang Wantan Cendawan Enoki yang senang dan lazat ini. Memang puas!
Tiba sahaja waktu petang, perut anda pasti mula berbunyi, bukan? Tetapi anda tidak mahu menikmati makanan yang terlalu berat. Sekadar mengisi perut pun sudah mencukupi!
Jika anda setuju, snek petang Wantan Cendawan Enoki yang simple dan crispy ini sangat sesuai untuk anda!
Resepi Wantan Cendawan Enoki ini bukan sahaja mudah, malah sesuai untuk anda yang ingin berjimat cermat. Bahan-bahan yang digunakan dalam resepi ini pula tidak mencecah RM10 pun!
Cara penyediaan juga simple sekali kerana anda hanya perlu membalut cendawan menggunakan kulit wantan dan gorengkan sehingga rangup sahaja. Anak-anak kecil juga pasti akan menggemari snek ini kerana cendawan dan kulit wantan yang crispy seperti keropok. Memang sesuai buat anda yang mahu mencuba snek petang yang unik!
Bahan-bahan
- 1/2 pek kulit wantan
- 2 pek cendawan enoki
- 1 cawan tepung serbaguna pedas (Tepung Bistari)
Cara
2. Balutkan segenggam cendawan dengan kulit wantan. Lekatkan wantan dengan menggunakan air sahaja.
Jangan lupa untuk tag #seismikmakan pada gambar-gambar masakan anda di media sosial!
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!