Resepi Aglio Olio Seafood Paling Lazat Dan Sangat Simple Untuk Dihasilkan
Tak perlu lagi pergi kafe untuk menikmati hidangan ini yang sedap. Resepi Spaghetti Aglio Olio ini sangat simple untuk dibuat sendiri di rumah!
Kalau pergi kafe selalu terasa nak order Aglio Olio punya.
Hidangan popular ini memang simple, tetapi banyak kafe yang selalu fail nak buat Aglio Olio yang sedap.
Tambahan pula, mereka selalu caj harga yang sangat mahal!
Memang tidak berbaloi dan mengecewakan.
Sebagaimana resepi Spaghetti Tom Yam dan Spaghetti Goreng kami, resepi Spaghetti Aglio Olio sememangnya senang untuk dimasak sendiri di rumah
Dengan hanya menggunakan bahan asas seperti minyak zaitun, bawang putih, dan cili flakes, anda boleh menghasilkan Spaghetti Aglio Olio yang sedap sekali.
Hidangan ini pula disempurnakan lagi dengan isi udang dan sotong yang fresh, keju parmesan yang meningkatkan lagi rasa dan juga hirisan daun parsley untuk sedikit kesegaran.
Bahan-bahan
- 1/4 cawan garam
- 400 gram spagheti
- 1/2 cawan minyak zaitun
- 10 ulas bawang putih (dihiris nipis)
- 2 sudu besar cili flakes
- 1 sudu besar daun parsley
- lada hitam secukup rasa
- 8 ekor udang
- 1 cawan sotong (dipotong)
- 3 sudu besar keju parmesan
Cara
1) Rebuskan 1 periuk air, dan masukkan 400 gram Spaghetti dan 1/4 cawan garam. Rebus selama 7-8 minit dan tapiskan. Simpan sedikit air rebusan untuk digunakan kemudian.
2) Dalam kuali yang sejuk, masukkan 1/2 cawan minyak zaitun dan 10 ulas bawang putih yang telah dihiris. Masak menggunakan api kecil selama 10 - 15 minit.
3) Masukkan 8 ekor udang dan 1 cawan sotong. Masak selama 1 minit. Masukkan sedikit air rebusan spaghetti.
4) Masukkan 1 sudu besar daun parsley, 2 sudu besar cili flakes dan lada hitam secukup rasa. Masak seketika.
5) Masukkan Spaghetti, gaul sehingga kuah rata. Masukkan 3 sudu besar keju parmesan, gaul sehingga rata.
6) Spaghetti Aglio Olio Seafood sudahpun siap untuk dinikmati! Lebih berperisa dan murah daripada yang di kafe.
Jangan lupa untuk tag #seismikmakan pada gambar-gambar masakan anda di media sosial!
Untuk dapatkan banyak lagi resepi ringkas seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!