makan

5 Resepi Mi Goreng One-Pot Mudah & Enak Untuk Menu Open House Raya. 10 Minit Je Dah Siap!

Jom sediakan hidangan mi goreng unik dan lazat ini di rumah terbuka hari raya anda!

Cover image via MyResipi

1. Mee Goreng Mamak

Mi Goreng Mamak

Image via MyResipi

Mee Goreng Mamak sememangnya hidangan kegemaran orang ramai kerana rasanya yang manis dan savoury dari kicap manis dan juga serbuk kari. Bukan itu sahaja, resepi ini juga sangat memuaskan kerana mempunyai bahan-bahan seperti tauhu, kek ikan dan sayur-sayuran seperti sawi dan taugeh.

Dapatkan resepi penuh di Mee Goreng Mamak di sini.


2. Mi Padprik

Mi Padprik

Image via MyResipi

Rasa Mi Padprik yang pedas dan melazatkan ini pasti akan menaikkan selera sesiapa sahaja. Resepi ini juga mudah untuk disediakan kerana anda hanya perlu menumiskan semua bahan-bahan dan memasukkan mi kuning sahaja. Tetamu anda juga pasti akan kagum kerana hidangan ini sangat lain daripada yang lain. 

Dapatkan resepi penuh Mi Padprik di sini

3. Mi Hongkong

Mi Hongkong

Image via MyResipi

Hidangan Mi Hongkong yang dipenuhi makanan laut seperti sotong dan udang ini pasti akan memenangi hati tetamu anda. Resepi ini juga sangat mengenyangkan kerana mempunyai bahan-bahan seperti sawi, lobak merah dan jagung muda ditambah pula dengan kuah rasa bawang putih yang pekat. Memang layan! 

Dapatkan resepi penuh Mi Hongkong di sini.

4. Mihun Goreng

Mihun Goreng

Image via MyResipi

Mi Goreng sememangnya hidangan rumah terbuka yang klasik dan dijamin sesuai dengan semua cita rasa. Cara memasaknya juga mudah kerana anda hanya perlu menggaul semua bahan-bahan sekali dan hasilnya juga memuaskan! 

Dapatkan resepi penuh Mi Goreng di sini

5. Mihun Goreng Taucu

Mihun Goreng Taucu

Image via MyResipi

Untuk resepi yang unik, anda wajib sekali mencuba resepi Mihun Goreng Taucu ini. Hidangan Mihun Goreng Taucu ini memang sangat melazatkan kerana taucu mempunyai rasa yang penuh dengan umami. Bukan itu sahaja, resepi ini juga sangat memudahkan kerana anda hanya perlu memasakkan semua resepi dalam satu kuali sahaja. 

Dapatkan resepi penuh Mihun Goreng Taucu di sini

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom sediakan resepi-resepi hari raya yang unik ini: