9 Resepi Rendang Unik & Simple Yang Anda Wajib Cuba Pada Raya 2019 Ini. Memang Ringkas!
Resepi-resepi rendang mudah ini sesuai sekali dihidangkan di rumah terbuka!
1. Ayam Rendang Hijau
Resepi Ayam Rendang Hijau ini sememangnya unik kerana mempunyai warna hijau yang begitu cantik sekali. Ini kerana resepi ini menggunakan cili api hijau yang pasti akan menaikkan selera anda. Pasti sesuai digandingkan bersama pulut lemang yang penuh lemak!
Dapatkan resepi penuh Ayam Rendang Hijau di sini.
2. Daging Rendang Palembang
Resepi Daging Rendang Palembang ini agak berbeza sedikit kerana mempunyai kuah yang lebih kering berbanding dengan resepi rendang daging yang lain. Resepi ini juga sangat unik kerana daging direbus menggunakan kicap manis sebelum dimasak yang menaikkan lagi rasa manis daging. Memang lazat!
Dapatkan resepi penuh Daging Rendang Palembang di sini.
3. Rendang Kupang
Hidangan Rendang Kupang unik ini sangat mudah untuk disediakan kerana kupang tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak. Anda hanya perlu mereneh kuah rendang sehingga kering dan gaulkan kupang dan masak untuk seketika sahaja. Senang sangat!
Dapatkan resepi penuh Rendang Kupang di sini.
5. Rendang Campur
Hidangan Rendang Campur ini sememangnya cara yang terbaik untuk menggunakan organ dalaman kerana resepi ini kaya dengan rempah ratus yang membuatkan hidangan ini begitu lazat sekali. Jika anda tidak menggemari organ pun, anda pasti akan jatuh cinta!
Dapatkan resepi penuh Rendang Campur di sini.
7. Rendang Nangka
Resepi Rendang Nangka ini sesuai untuk anda yang inginkan sesuatu yang lain daripada yang lain. Walaupun agak pelik, tetapi hidangan ini memang sangat memuaskan kerana nangka muda mempunyai rasa savory yang sesuai dipadankan bersama kuah rendang.
Dapatkan resepi penuh Rendang Nangka di sini.
8. Rendang Sayur Pucuk Ubi
Resepi Rendang Sayur Pucuk Ubi ini memang lazat sekali kerana sayur pucuk ubi ini menyerap rempah ratus apabila dimasak sehingga kering. Memang sangat menyelerakan! Resepi ini juga sangat mudah untuk disediakan kerana pucuk ubi kayu memerlukan masa yang sekejap sahaja untuk dimasak.
Dapatkan resepi penuh Rendang Sayur Pucuk Ubi di sini.
9. Rendang Udang Kering
Resepi Rendang Udang Kering ini begitu unik sekali kerana menggunakan udang sebagai bahan utama. Walaupun pelik, tetapi hidangan ini sangat menyelerakan kerana udang yang dimasak seketika menjadi sangat juicy dan manis. Memang wajib cuba!
Dapatkan resepi penuh Rendang Udang Kering di sini.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!