makan

9 Resepi Biskut 'Simple' & Istimewa Yang Anda Boleh Sediakan Untuk Hari Raya. Sangat Unik!

Jom cuba kuih-kuih raya viral yang mudah dan lazat ini!

Cover image via MyResipi

1. Biskut Dahlia Oren

Biskut Dahlia Oren

Image via MyResipi

Untuk biskut yang lain daripada yang lain, cubalah resepi Biskut Dahlia Oren ini. Tambahan pes oren kepada biskut ini memang menaikkan lagi rasa kuih dari biasa-biasa kepada luar biasa. Kombinasi coklat cip dan oren memang sesuai sekali. 

Dapatkan resepi penuh Dahlia Oren di sini

2. Biskut Sarang Semut Warna Warni

Biskut Sarang Semut Warna Warni

Image via MyResipi

Antara resepi mudah untuk dihasilkan ialah Biskut Sarang Semut Warna Warni kerana anda hanya perlu menghasilkan adunan tepung dan parutkan adunan tersebut. Biskut ini bukan sahaja sedap tetapi rupanya cantik sekali. 

Dapatkan resepi penuh Biskut Sarang Semut Warna Warna di sini.

3. Biskut Bebola Kekacang Hazel

Biskut Bebola Kekacang Hazel

Image via MyResipi

Sekali makan Biskut Bebola Kekacang Hazel ini, anda pasti nak lagi kerana biskut ini menggunakan coklat putih yang begitu unik sekali. Bukan itu sahaja, kacang hazel juga dicampurkan dalam adunan tepung yang memberikan tekstur menarik kepada biskut ini. 

Dapatkan Biskut Bebola Kekacang Hazel di sini.

4. Biskut Keju Cheddar

Biskut Keju Cheddar

Image via MyResipi

Teringin mencuba biskut rasa savoury? Cubalah resepi Biskut Keju Cheddar ini. Rasanya yang rangup dan masin-masin pasti akan membuat anda ketagih. Resepi ini juga senang sahaja untuk disediakan kerana tidak memerlukan banyak bahan-bahan. 

Dapatkan resepi penuh Biskut Keju Cheddar di sini.

5. Biskut Koko Crunch

Biskut Koko Crunch

Image via MyResipi

Biskut Koko Crunch ini pasti laku di kalangan anak-anak kecil kerana biskut ini yang kaya dengan rasa coklat. Orang-orang dewasa juga pasti suka punyalah! Kuih ini juga mudah sekali untuk disediakan. Anda hanya perlu mencairkan coklat dan gaulkan bersama coklat dan kacang badam. 

Dapatkan resepi penuh Biskut Koko Crunch di sini.

6. Puteri Hijau

Puteri Hijau

Image via MyResipi

Biskut Puteri Hijau ini memang menarik sekali kerana resepi ini menggunakan pewarna hijau epal yang mempunyai rasa yang sangat menyegarkan. Bukan itu sahaja, biskut ini juga dihias dengan coklat putih. Memang lain daripada yang lain!

Dapatkan resepi penuh Puteri Hijau di sini.

7. Biskut Badam Manis (Almond Sweet)

Biskut Badam Manis (Sweet Almond)

Image via MyResipi

Resepi Biskut Badam Manis memang sedap sekali kerana mempunyai badam kisar di dalam adunan yang memberikan tekstur kepada biskut ini. Ditambah pula dengan salutan coklat di luar. Pasti licin satu balang! 

Dapatkan resepi penuh Biskut Badam Manis (Sweet Almond) di sini.

8. Coklat Bertih Beras

Coklat Bertih Beras

Image via MyResipi

Resepi Coklat Bertih Beras ini memang mudah sekali untuk disediakan. Memang sesuai untuk anda yang mengejar kerana resepi ini tidak mempunyai adunan tepung yang rumit. Bukan itu sahaja, resepi ini juga mempunyai rasa coklat yang sangat mantap kerana hanya mengandungi 6 bahan sahaja.  

Dapatkan resepi penuh Coklat Bertih Beras di sini

9. Tat Prun

Tat Prun

Image via MyResipi

Resepi Tat Prun ini memang unik sekali kerana bukan sahaja mempunya tetapi bentuknya yang sangat menarik. Rasanya yang masam manis memang sesuai sekali dengan rasa biskut. Satu balang pasti tidak mencukupi. 

Dapatkan resepi penuh Tat Prun di sini.

Jom cuba hasilkan resepi-resepi kuih raya viral ini:

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan