seismik

Lebih 14k Shares, Resipi Tart Cadbury 'Kuih Raya Of The Year' Ini Memang Tengah Onz Habis!

Daripada beli, baik buat sendiri. Mudah saja!

Cover image via Facebook Sri Noratika Hassan

Tidak semua menyukai kuih tart nenas, lebih-lebih lagi kanak-kanak, yang biasanya akan makan biskutnya sahaja dan inti dibuang

Image via Malaya Daily

Tapi kalau nak juga buat kuih tart tapi with a twist, iaitu daripada menggunakan inti nenas, boleh gantikannya dengan inti coklat cadbury!

Boleh ikuti cara-cara yang dikongsi pengguna Facebook Sri Noratika Hassan untuk buat tart cadbury.

Mudah saja!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

1. 250g mentega/marjerin (saya guna buttercup)

2. 1 sudu kecil minyak sapi

3. 3 1/4 cawan tepung gandum (disangai sehingga ringan dan diayak)

4. Coklat Cadbury (saya guna cadbury dairy milk yang dalam telap 100pcs)

5. Acuan tart (saya pakai yang plastic)

6. Kuning telur (sebagai hiasan topping)

Cara-cara membuat kuih tart cadbury:

1. Campurkan semua bahan-bahan di atas satu persatu mengikut urutan kecuali coklat. Pakai spatula sahaja ye.

2. Lembut-lembut je mix-kan hingga menjadi doh yang tak terlalu lembik tak terlalu keras, rehatkan doh dalam chiller 5-10 mnit sebelum diterap.

3. Masukkan doh dalam acuan tart, terapkan ke atas dulang (kalau doh tak pecah or tak melekat di dulang masa gulung tu it’s perfect!!)

4. Ambil sebiji coklat dan gulungkan bersama doh yang dah diterap atas dulang tadi secomel-comelnya.

5. Akhir sekali, sapukan kuning telur di atas tart dan sedia untuk di bakar 160’c api atas bawah, selama 15-20 minit (mengikut oven masing-masing).

Jumpa benang terus ditarik,
jangan dicucuk jarum peniti.
Kuih ini macam menarik,
bolehlah kita cuba nanti.

Selamat mencuba!

TIPS : Untuk mendapatkan kesan topping kuning telur yang cantik berkilat, campurkan kuning telur dengan pewarna kuning dan juga setitis dua susu cair.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak try buat kuih raya lain? Ikuti resepi ini!

You may be interested in: