seismik

Hanya Dengan 3 Bahan & 4 Cara Mudah, Anda Dah Boleh Buat Kuih Raya Cornflakes Coklat Ini!

Senang, mudah dan tidak memakan masa yang lama. :)

Cover image via Norhayati Ahmad Mahn / Facebook

Hari raya akan menjelang tiba pada minggu hadapan. Pastinya anda sudah menyiapkan segala persiapan yang sepatutnya untuk menyambut hari Raya nanti kan? Wah, tak sabarnya!

Image via Ladyboss

Seperti biasa, pada hari Raya nanti anda tidak akan terlepas dari menerima kunjungan oleh saudara-mara, jiran tetangga dan juga sahabat karib. Memang penuhlah rumah. Makanan pun kena banyak dan cukup untuk dihidangkan nanti.

Tapi sebelum itu, kuih raya WAJIB ada ya! Sambil-sambil minum air, borak-borak mesti nak makan kuih raya juga kan. Sediakan pelbagai jenis supaya tetamu dapat pilih mengikut cita rasa tersendiri.

Anda kekurangan masa untuk buat kuih raya? Jangan risau. Boleh ikuti resipi simple ini yang disediakan oleh Norhayati di laman Facebook:

Kuih raya yang disediakan ini dinamakan sebagai Cornflakes Coklat. Anda boleh buat kuih raya ini dalam masa yang begitu singkat, lebih-lebih lagi jika anda tidak dapat cuti panjang. Dalam masa sehari pun boleh siap!

Hanya dengan 3 bahan yang mudah didapati di mana-mana pasaraya, iaitu:

500g coklat masakan
500g Cornflakes
1 botol besar mentega kacang kasar jenama Lady's Choice

Ikuti 4 cara mudah di bawah:

1. Masukkan coklat masakan & mentega kacang ke dalam kuali dan kacau dengan api yang perlahan. Sentiasa kacau bagi mengelakkannya dari hangit.

2. Apabila bahan sudah sebati dan ada gelembung yang keluar, baru boleh masukkan Cornflakes dan kacau sehingga rata.

3. Setelah itu masukkan ke dlm cup.

4. Sudah boleh simpan di dalam tupperware.

Masukkan Cornflakes dan kacau sehingga rata dan sebati.

Image via Norhayati Ahmad Mahn / Facebook

Masukkan ke dalam cup, pastikan tidak terlalu sikit dan tidak terlalu penuh.

Image via Norhayati Ahmad Mahn / Facebook

Senang bukan? Settle satu jenis kuih raya! :D

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Eh, macam senang je buat Biskut Florentine ni!

DIY je sampul duit raya guys!

More stories to read: