7 Resepi Dessert 'Crowd-Favorite' & Istimewa Yang Sesuai Untuk Berbuka Puasa. Simple Je!
Jom berbuka puasa dengan pencuci mulut unik ini!
1. Pavlova
Walaupun resepi Pavlova nampak seperti susah, tetapi sebenarnya pencuci mulut ini sangat mudah untuk disediakan. Pavlova mempunyai bes meringue yang hanya menggunakan telur putih dan gula. Manakala topping pula hanya menggunakan krim dan buah-buahan.
Dapatkan resepi penuh Pavlova di sini.
2. Puding Roti Karamel
Puding Roti Karamel ini sesuai untuk anda yang mempunyai lebihan roti kerana resepi ini lebih sedap jika menggunakan roti lama. Roti lama lebih mudah menyerap sos kastard untuk rasa yang lebih lemak berkrim. Cara penyediaan juga sangat mudah kerana anda hanya perlu menghasilkan kastard sahaja.
Dapatkan resepi penuh Puding Roti Karamel di sini.
3. Puding Karamel Gula Hangus
Pencuci mulut Puding Karamel Gula Hangus ini sememangnya kegemaran ramai kerana gabungan karamel dan puding vanila boleh membuat sesiapa sahaja menjadi ketagih. Resepi ini juga sangat mudah untuk dihasilkan kerana hanya memerlukan 7 bahan sahaja.
Dapatkan resepi penuh Puding Karamel Gula Hangus di sini.
6. Puding Buah Sos Oren
Resepi Puding buah Sos Oren ini memang simple sekali kerana puding hanya mempunyai 7 bahan sahaja. Sangat sesuai digandingkan bersama sos oren. Cara menyediakan pun sangat mudah kerana anda hanya perlu menghasilkan agar-agar dan sos sahaja!
Dapatkan resepi penuh Puding Buah Sos Oren di sini.
7. Tat Buah-Buahan
Tat Buah-Buahan memang antara pastri yang enak sekali kerana dipenuhi dengan kastard dan dihiasi dengan pelbagai buah-buahan. Sangat sesuai dengan semua cita rasa! Tidak mustahil yang dessert ini akan cepat habis di meja makan.
Dapatkan resepi penuh Tat Buah-Buahan di sini.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!