makan

7 Resipi 'Desserts' Klasik Kegemaran Malaysia Yang Senang Untuk Dibuat Di Rumah

Berikan menu anda sedikit kelainan dengan resipi pencuci mulut klasik ini!

Cover image via imgur.com

1. Puding Sagu

Puding Sagu

Image via MyResipi

Gabungan lemak santan bersama rasa manis gula melaka membuatkan Puding Sagu ini pencuci mulut yang terbaik sekali. Puding Sagu pasti akan mendapat sambutan hangat di meja makan. Sedap sangat!

Dapatkan resipi penuh Puding Sagu di sini.

2. Bubur Caca

Bubur Caca

Image via MyResipi

Pencuci mulut klasik Nyonya ini mampu membuat sesiapa sahaja tersenyum dengan gembira. Gandingan sagu, keledek dan labu menjadikan Bubur Caca ini dessert yang sangat memuaskan.

Dapatkan resipi penuh Bubur Caca di sini.

3. Bubur Pulut Hitam Memikat

Bubur Pulut Hitam Memikat

Image via MyResipi

Bubur Pulut Hitam Memikat memang secocok dengan namanya. Rasanya yang manis dan berlemak mampu memikat hati sesiapa sahaja yang memakannya. Resipi ini juga sangat mudah! Memang wajib cuba.

Dapatkan resipi penuh Bubur Pulut Hitam Memikat di sini

4. Badak Berendam

Badak Berendam

Image via MyResipi

Kuih ala mochi Jepun yang berinti kelapa parut ini pasti akan memuaskan hati sesiapa sahaja. Badak Berendam ini dihidangkan bersama kuah santan yang manis dan berlemak. Sangat meliurkan!

Dapatkan resipi penuh Badak Berendam di sini

5. Bubur Butir Nangka Versi Kelantan

Bubur Butir Nangka Versi Kelantan

Image via MyResipi

Bubur Butir Nangka seakan sama dengan Badak Berendam tetapi seperti namanya, Bubur Butir Nangka agak kecil saiznya. Pencuci mulut ini juga dihidangkan bersama santan dan gula melaka. Senang dan sedap!

Dapatkan resipi penuh Bubur Butir Nangka Versi Kelantan di sini

6. Bubur Som Som

Bubur Som Som

Image via MyResipi

Lagi satu pencuci mulut yang klasik dan jarang dijumpai sekarang ialah Bubur Som Som. Resipi ini sangat simple untuk disediakan. Orang-orang tua pasti akan berasa nostalgik!

Dapatkan resipi penuh Bubur Som Som di sini

7. Bubur Jagung Manis

Bubur Jagung Manis

Image via MyResipi

Bubur Jagung Manis sememangnya pencuci mulut kegemaran ramai. Resipi ini khas untuk anda yang sedikit malas tetapi masih mahu menikmati dessert. 

Dapatkan resipi penuh Bubur Jagung Manis di sini

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Anda peminat setia pencuci mulut klasik? Boleh check out resipi di bawah:

Check out artikel-artikel di bawah untuk kafe 'desserts' di KL: