Tom Yam Ice Cream, Apam Balik Cronut & 7 Lagi ‘Dessert’ Unik Anda Wajib Cuba Di KL & PJ
Habislah diet…
Cover image via Instagram @mydottys | Instagram @ahhahahnakraya1. Apam Balik Cronut With Sweet Corn Gelato @ Dotty's
Image via Instagram @mydottys
Image via Instagram @mydottys
Kafe Dotty's yang bertemakan European-style ini adalah kafe yang anda patut kunjungi. Kafe ini terkenal dengan dessert mereka yang menarik. Antaranya ialah Apam Balik Cronut With Sweet Corn Gelato iaitu kombinasi donat dan croissant yang berperisa apam balik dan dihidang pula dengan ais krim jagung. Sangat unik!
2. Sizzling Brownie With Ice Cream @ Acme Bar & Coffee
Image via Instagram @ahhahahnakraya
Dengan dekorasi dan resipi dessert yang sangat unik, Sizzling Brownies dan ais krim coklat ini dihidang dalam sizzling pot dan dituangkan dengan sos coklat yang panas. Sangat lain daripada lain!
Cawangan: The Troika | Bangsar Village 1
Status: Pork-free.
3. Tom Yam Ice Cream @ Mr. Tuk Tuk
Image via Instagram @oliviakk123
Bagi yang sukakan hidangan yang luar biasa, anda boleh cuba dessert yang enak dan unik ini – Tom Yam Ice Cream! Dengan rasa sedikit pedas dan berlemak, anda tidak akan menyesal mencuba hidangan ini. Memang sedap!
Cawangan: Starling Mall | Bandar Sunway | Setia City Mall
Status: Pork-free.
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
4. Pulut Tai Tai Ice Cream @ Piccoli Lotti
Image via FOODIE VS THE WORLD
Jika anda sukakan kuih klasik, pastikan anda order Pulut Tai Tai Ice Cream di kafe ini. Pulut Tai Tai Ice Cream ini ternyata menjadi penggemar orang ramai. Jangan lupa untuk cuba!
Alamat: Piccoli Lotti, No. 45, Jalan SS 20/11 Damansara Kim, Jalan SS 20/11, Damansara Kim, Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi:
12.30 tengah hari – 10.30 malam (Selasa – Sabtu)
Tutup setiap Ahad & Isnin.
Status: Pork-free.
Image via Pictagram @isthisgrace
5. Cendol Durian Cake @ Fluff Bakery
Image via Fluff Bakery
Untuk yang gilakan durian, anda boleh cuba Cendol Durian Cake di Fluff Bakery. Dengan rasanya yang berlemak dan manis, kek chiffon ini menggunakan durian, gula melaka, santan dan cendol. Rugi jika tak cuba!
Alamat: Fluff Bakery, No. 32G, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
12 tengah hari – 7 malam (Selasa – Ahad)
Tutup setiap Isnin.
Whatsapp: +6016 937 2969
Status: Halal.
6. Pandan Cake Softserve @ Hail's Dessert Cafe
Image via Instagram @hailsdesserts
Image via Instagram @hailsdesserts
Hail's Dessert Cafe menyediakan soft serve dan manisan-manisan yang semuanya unik dan sedap. Jika anda penggemar dessert yang berperisa pandan, pastikan anda cuba Pandan Cake Softserve ini!
Selain itu, anda juga boleh cuba dessert Sago Pudding Soft Serve. Dengan ais krim yang diperbuat daripada santan dan ditabur dengan sos gula melaka yang pekat pula, dessert ini juga patut ada dalam list makan anda!
Alamat: Hail's Dessert Cafe, No. 28 Jalan SS21/58, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi:
12.30 tengah hari – 11.30 malam (Ahad – Jumaat)
12.30 tengah hari – 12.30 malam (setiap Sabtu)
Tutup setiap Rabu.
No. Telefon: +603 7732 7077
Status: Pork-free.
7. Rainbow Bagel @ Bowery Petit
Image via The Yum List
Restoran ini menyajikan specialty dessert iaitu Rainbow Bagel. Dengan roti lembut yang berinti cream cheese, anda memang wajib cuba dessert berwarna-warni ini. Jangan terlepas untuk mencuba!
Alamat: Bowery Petit, No. 48, Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 8 pagi – 11 malam (setiap hari)
No. Telefon: +603 7710 0295
Status: Pork-free.
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
8. Soufflé Pancake @ Soufflé Dessert Cafe
Image via Instagram @gexeng
Sukakan pancake? Pastikan ada tidak terlepas mencuba Japanese-style pancake ini. Dengan kombinasi Soufflé dan pancake yang bertekstur gebu, dihidang pula dengan whipped cream dan sos strawberi, anda memang wajib kunjungi di sini untuk mencuba dessert yang sangat fluffy ini!
Alamat: Soufflé Dessert Cafe, Aras 1, Kompleks Kenari, Jalan Kenari 19A, Bandar Puchong Jaya, Selangor
Waktu Operasi:
3 petang – 12 malam (Isnin – Ahad)
Tutup setiap Selasa.
No. Telefon: +603 8074 9239
Status: Pork-free.
9. Lavender Jade Drop @ Terracotta Cafe & Boutique
Image via Instagram @terracottacafes
Dessert Rain Drop yang bertekstur agar-agar ini dihidangkan dengan sirap berperisa lavender dan serbuk soya. Bukan sahaja hidangan di sini semuanya menarik, tetapi suasana di kafe ini juga teramat cantik dan sesuai untuk para Instagrammers. 😉
Alamat: Terracotta Cafe & Boutique, P- 47410 1, 15, Jalan Tropicana Selatan 1, Tropicana, 46050 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 10 pagi – 12 malam (setiap hari)
No. Telefon: +6016 681 0185
Status: Pork-free.
Image via Instagram @lyelye0107
