makan

7 Resepi Kuih-Muih Klasik & 'Simple' Yang Anda Boleh Sediakan Untuk Berbuka Puasa. Sedap!

Kuih-muih yang mudah ini sesuai untuk disediakan pada bulan puasa!

Cover image via imgur.com

1. Seri Kaya Kukus

Seri Kaya Kukus

Image via MyResipi

Jika anda menggemari kaya, resepi kuih Seri Kaya Kukus ini memang sesuai untuk anda. Rasa kuih ini memang sama seperti kaya tetapi apa yang lagi menarik ialah kuih ini menggunakan gula merah yang mempunyai rasa karamel yang lebih mantap.  

Dapatkan resepi penuh Seri Kaya Kukus di sini

2. Kuih Lapis Jagung

Kuih Lapis Jagung

Image via MyResipi

Resepi Kuih Lapis Jagung ini sangat unik kerana menggabungkan rasa coklat dan jagung yang lemak manis. Bukan itu sahaja, kuih ini juga sangat mudah untuk disediakan kerana hanya memerlukan beberapa bahan asas dapur seperti tepung, gula, santan, jagung dan serbuk koko sahaja.  

Dapatkan resepi penuh Kuih Lapis Jagung di sini

3. Talam Kacang Merah

Talam Kacang Merah

Image via MyResipi

Resepi Talam Kacang Merah ini sesuai untuk anda yang mahukan sedikit kelainan. Kuih talam ini mempunyai lapisan kacang merah yang mempunyai rasa lemak. Selain itu, kuih ini juga mempunyai ketulan kacang merah yang memberikan tekstur menarik. 

Dapatkan resepi penuh Talam Kacang Merah di sini.

4. Puding Jagung Lapis Biskut

Puding Jagung Lapis Biskut

Image via MyResipi

Jika anda minat puding jagung, anda juga pasti akan jatuh cinta dengan resepi Puding Jagung Lapis Biskut ini kerana mempunyai rasa jagung lemak berkrim dan juga crunch dari biskut marie. Memang luar biasa! 

Dapatkan resepi penuh Puding Jagung Lapis Biskut di sini

5. Talam Gula Merah

Talam Gula Merah

Image via MyResipi

Untuk kuih yang agak simple tetapi mempunyai rasa yang luar biasa, anda wajib cuba resepi Talam Gula Merah ini. Gabungan santan dan rasa gula merah yang mantap pasti akan membuat anda ketagih.

Dapatkan resepi penuh Talam Gula Merah di sini.

6. Kuih Talam Keladi Berlauk

Kuih Talam Keladi

Image via MyResipi

Resepi Kuih Talam Keladi Berlauk ini memang sangat tradisional dan digemari ramai. Kuih ini sangat memuaskan untuk dinikmati pada bulan puasa kerana mempunyai ketulan ubi keladi. Ditambah pula dengan udang kering yang pasti akan menaikkan selera anda.

Dapatkan resepi penuh Kuih Talam Keladi Berlauk di sini

7. Kuih Nagasari

Kuih Nagasari

Image via MyResipi

Jika anda mempunyai sweet tooth, Kuih Nagasari ini sangat bersesuaian dengan anda. Inti pisang yang menyerlah pasti akan membuatkan anda kembali bertenaga pada waktu berbuka puasa. 

Dapatkan resepi penuh Kuih Nagasari di sini.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Dapatkan banyak lagi resepi-resepi unik di sini: