Lebih 8k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Kuih Sagu 'Confirm' Jadi Guna 5 Bahan Je!
Jom cuba hasilkan kuih sagu yang senang ini!
Kuih sagu merah merupakan kuih tradisi kegemaran ramai yang begitu mudah sekali untuk dihasilkan di rumah :D
Kuih sagu ini sememangnya ringkas untuk dihasilkan kerana resepi ini hanya menggunakan 5 bahan sahaja. Bukan itu sahaja, resepi ini juga cuma menggunakan pengukus. Jika anda tidak mempunyai ketuhar pun anda boleh cuba resepi ini. Jom cuba? :D
Untuk resepi kuih sagu yang mudah dan confirm jadi, ikuti perkongsian pengguna Facebook Nanie Shaffiee yang telah mendapat sebanyak 8.1k shares!
Antara bahan yang diperlukan adalah:
- 500 gram sagu
- 12 hingga 13 sudu besar gula
- 1 sudu besar kordial sirap atau pewarna merah
- Kelapa parut dan garam secukup rasa (digaul)
Jom ikuti cara membuatnya pula:
2. Kemudian, rendamkan sagu selama 10 minit. Pastikan sagu ditenggelam air.
4. Setelah direndam, sagu akan menjadi kembang.
6. Tambahkan pewarna merah atau kordial sirap.
9. Pindahkan sagu sekali dengan airnya ke dalam loyang.
10. Kemudian, letakkan loyang di pengukus dan kukus selama 30 hingga 40 minit atau sehingga putih sagu ditengah sudah hilang.
Apabila kuih sagu sudah siap, inilah hasilnya. Apabila sagu sudah sejuk, potong kecil dan gaulkan di dalam kelapa parut. Sedap tak terkata tau!
Sumber resepi: Nanie Shaffiee
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!