makan

Lebih 1K 'Shares', Ini Resepi Chocolate Chip Cookies Yang Crunchy. So Yummy!

Guna 9 bahan je. Step yang mudah dan tak mengelirukan.

Cover image via ZuLaily Hanim Lilly (Facebook)

Nak snacking sambil netflix and chill? Makan apa eh...

Tak nak chips or popcorns. Emm, apa kata....

Chocolate Chips Cookies Subway?

Cookies Subway sentiasa menjadi pilihan anda? RM5 untuk 3 cookies tak cukup kan? 

Dengan resepi ini, boleh buat cookies yang lagi sedap daripada Subway. Hari-hari makan sambil netflix and chill pun takkan habis. 

Cookies yang rangup diluar disisipkan dengan coklat cair yang meleleh. Emm, yummy!

Antara bahan yang diperlukan:

  • 230 gram unsalted butter
  • 300 gram gula perang
  • 400 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 300 gram Callebaut dark chocolate chips 
  • 200 gram kacang walnut (dipanggang)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara penyediaan:

1. Campurkan butter dan gula. Gaul sehingga sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanila dan kacau sehingga sebati.
3. Kemudian ayakkan 2/3 tepung gandum ke dalam adunan biskut tadi.
4. Untuk inti biskut, masukkan choc chip dan walnut ke dalam baki 1/3 tepung gandum dan gaul. Pastikan semua bahan disaluti tepung gandum. 
5. Kemudian masukkan ke dalam adunan biskut dan gaul.
6. Gunakan sudu atau ice-cream scoop untuk dohkan kecil-kecil. 
7. Rehatkan doh pada suhu bilik lebih kurang 1 jam. 
8. Bakar pada suhu 150°C-160°C selama 30 minit. Jika mahu cookies yang lebih rangup, leperkan doh sebelum bakar.

Ta-daa, siap dah. Inilah cookies nya, rangup and full of choc chip!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Nak resepi lain?

You may be interested in: