Lebih 3k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Apam Chipsmore Viral. Guna 3 Bahan Je!
Jom hasilkan resepi kuih Apam Chipsmore yang mudah dan nikmat ini!
Desserts coklat yang heaven, tidak semestinya susah untuk dihasilkan atau perlu menggunakan banyak bahan
Malah, terdapat banyak resepi desserts coklat mudah dan enak yang hanya menggunakan pengukus seperti resepi Apam Chipsmore ini. Resepi ini hanya menggunakan 3 bahan sahaja tetapi hasilnya begitu memuaskan.
Disebabkan kuih ini hanya menggunakan pengukus, anda tidak perlu besusah payah menggunakan ketuhar. 15 minit sahaja sudah siap! Jom cuba? :D
Untuk resepi Apam Chipsmore yang hanya menggunakan 3 bahan sahaja, ikuti perkongsian resepi pengguna Facebook Atie Adam yang telah mendapat sebanyak 3k shares!
Antara bahan yang diperlukan adalah:
- 1 paket besar biskut Chipsmore
- 200 ml susu cair
- 1/3 sudu serbuk penaik
Jom ikuti cara membuatnya pula:
2. Masukkan biskut Chipsmore ke dalam beg plastik dan hancurkan menggunakan lesung batu. (Anda juga boleh menggunakan pengisar untuk lebih senang.)
3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati.
5. Kukuskan selama 15 hingga 20 minit atau sehingga lidi yang dicucuk tidak melekat adunan.
Apabila kuih Apam Chipsmore sudah siap dikukus, inilah hasilnya. Teksturnya gebu, rasa coklat juga begitu mantap sekali!
Sumber resepi: Atie Adam
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!