makan

Lebih 8k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Puteri Ayu Red Velvet 'Simple' & Confirm Laku!

Jom hasilkan versi kuih puteri ayu red velvet yang moden ini. Sedapnya!

Cover image via Ain Kamis

Kebiasaanya, kuih puteri ayu dihasilkan dengan perasa pandan dan santan tetapi jika anda mahukan kelainan, terdapat juga variasi moden yang begitu menarik

Image via borianafoods

Antara variasi moden kepada kuih tradisional ini ialah puteri ayu red velvet. Resepi ini bukan sahaja menarik, tetapi rasanya pula seakan sama dengan kek red velvet. Tetapi cara membuatnya lebih mudah dari kek. Jika anda mahu mencuba sesuatu yang lain daripada lain, anda wajib mencuba resepi kuih puteri ayu red velvet ini!

Untuk resepi Puteri Ayu Red Velvet yang unik dan sedap, ikuti perkongsian resepi pengguna Facebook Ain Kamis yang telah mendapat sebanyak 8.5k shares!

Antara bahan yang diperlukan adalah:

Bahan krim keju:

  • 250 gram keju krim
  • ½ cawan gula halus
  • 1 biji telur gred A
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1½ sudu besar susu segar (jenama Yarra)
  • sedikit esen vanila
Bahan red velvet:

Bahan A:
  • 250 gram tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • ½ sudu kecil soda bikarbonat
Bahan B:
  • 1 cawan susu segar (jenama Yarra)
  • 1 sudu kecil susu masakan
Bahan C:
  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil ovalet
  • sedikit esen vanilla
Bahan D:
  • Pewarna merah (mengikut kepekatan warna yang anda mahukan)

Jom ikuti cara membuatnya pula:


  1. Gabungkan semua bahan krim keju dan gaulkan sehingga sebati. Ketepikan.
  2. Gabungkan bahan B dan biarkan seketika.
  3. Ayakkan bahan A dan ketepikan.
  4. Gabungkan bahan C dan pukulkan dengan mesin pengadun pada kelajuan yang perlahan selama 5 minit.
  5. Kemudian, naikkan kelajuan kepada yang paling tinggi dan pukul adunan selama 15 minit atau sehingga kembang dan warna bertukar menjadi cerah. (Bergantung kepada jenis mesin pengadun yang digunakan)
  6. Masukkan bahan A dan bahan B secara selang seli ke dalam adunan bahan C.
  7. Kemudian, tambahkan pewarna.
  8. Griskan acuan dengan sedikit minyak.
  9. Letakkan adunan keju ke dalam acuan terlebih dahulu.
  10. Kukuskan selama 5 minit.

Apabila Puteri Ayu Red Velvet sudah siap, inilah hasilnya. Cantik betul warnanya! Pasti laku punyalah. :D

Sumber resepi: Ain Kamis

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi unik di sini:

More stories to read: